Khairil Azwan Mohd Rashid (juga dikenali sebagai Krill, lahir 20 Mei 1971) merupakan penyampai radio, penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau memulakan kerjaya radio beliau pada 1998 sebagai salah seorang juruhebah radio ERA dari 1998 hingga 2007, seterusnya di X FM dari 2007 hingga 2008, dan Sinar dari 2008 hingga 2015.[1][2]

Khairil Rashid
Kelahiran
Khairul Azwan bin Mohd Rashid

(1971-05-20) 20 Mei 1971 (umur 52)
Nama lainKrill
PekerjaanJuruhebah radio, pengacara, pelakon
Tahun aktif1998–2015
MajikanAstro Radio (1998-2015)

Kerjaya sunting

Pada tahun 1994, Khairil Rashid memulakan kerjaya awalnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyusun intisari rancangan untuk TV2.

Beliau menyertai barisan penyampai radio Era semasa penubuhannya pada 1 Ogos 1998, termasuk Halim Othman, Najman Mohamed, Jamal Jamaluddin, Faizal Ismail, Seelan Paul, Linda Onn, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Nadira Azizan. Semasa bersama Era, beliau bertugas setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi bersama Kieran dan Raja Azura dalam segmen Pagi di Era.

Khairil juga pernah bertugas pada waktu petang bersama Noor di radio XFM, sebelum berpindah ke Sinar FM di mana beliau bertugas sehingga 2015.[3]

Di samping itu, Khairil juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Khafi berpasangan dengan Faizal Ismail yang juga penyampai radio tetap di radio Hot FM. Mereka menerbitkan album pertama bertajuk Satu Jengkal pada 2006. Selain itu, beliau pernah menjadi model MTV nyanyi penyanyi dangdut Amelina menerusi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ketika zaman remajanya. Selain itu, Krill juga pernah berlakon, kredit filem beliau ialah KL Menjerit (2002) dan Gangster (2005).

Filemografi sunting

Diskografi sunting

Bersama Khafi
  • Satu Jengkal (2006)

Rujukan sunting

  1. ^ Amirah Amaly Syafaat (5 April 2015). Khairil ‘kuda’ harapan ayah Utusan Malaysia. Diperoleh pada 19 April 2017.
  2. ^ Tipulah kalau saya tak kecewa – Khairil Diarkibkan 2018-08-28 di Wayback Machine Utusan Malaysia (20 Julai 2007). Diperoleh pada 19 April 2017.
  3. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (5 Disember 2015). "Saya Tak Mahu Jadi Deejay Sampai Tua" - Krill Rashid (Sinar FM) mSTAR Online. Diperoleh pada 30 Januari 2018.

Pautan luar sunting