Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi bin Che Mat (juga dikenali sebagai Apek; lahir 7 Januari 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol[2] yang bermain untuk Sabah F.C dalam Liga Super Malaysia[3] dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki.

Khairul Fahmi Che Mat
Maklumat peribadi
Nama penuh Khairul Fahmi bin Che Mat
Tarikh lahir (1989-01-07) 7 Januari 1989 (umur 35)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan
Ketinggian 1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah F.C.
Nombor 20
Kerjaya remaja
2002-2004 Sekolah Sukan Bandar Penawar
2005-2006 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2007–2008 Harimau Muda
2008 PKNS B-21
2008–2009 Kelantan B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Harimau Muda 1 (0)
2009–2018 Kelantan 159 (0)
2018–2021 Melaka United 58 (0)
2021- Sabah 31 (0)
Pasukan kebangsaan
2010–2012 Malaysia B-23 28 (0)
2010–2021 Malaysia 61[1] (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Julai 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Disember 2021

Latar belakang

Beliau berasal dari Kampung Dusun Raja, Cherang, Kota Bharu, Kelantan. Bapanya, Che Mat Hussein, dikenali sebagai 'Che Su'.[4][5]

Khairul Fahmi belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, beliau menyambung pembelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar (kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail), Johor sebelum bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.[4][5][6][7]

Kerjaya

Harimau Muda

Khairul Fahmi menyertai pasukan Harimau Muda bagi saingan Liga Premier Malaysia musim 2007-2008. Dia diturunkan dalam perlawanan bertemu ATM yang menyaksikan Harimau Muda tewas 2-1.[8] Di pertengahan musim, dia digugurkan dari Harimau Muda.[9] Dia seterusnya menyertai PKNS.[9][5]

Pasukan Belia PSV Eindhoven (Percubaan)

Aksi Khairul Fahmi berjaya menarik minat kelab Belanda, PSV Eindhoven dan beliau telah pergi untuk beberapa minggu bagi menyertai sesi percubaan untuk pasukan bawah 19 dan 23 tahun. Turut menyertai ialah rakan sepasukan, Mohd Asraruddin Putra Omar, selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam Champions Youth Cup 2007.[10]

Menyertai Kelantan

Pada Oktober 2008, Khairul Fahmi menyertai Kelantan sebagai pemain pinjaman untuk Piala Malaysia.[9][5]

Pada musim 2009, dia menyertai Kelantan secara kekal dan bertindak sebagai penjaga gol ketiga di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail namun dia tidak bermain dalam mana-mana perlawanan peringkat senior.[9]

Pada musim 2010, Syed Adney dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaga gol veteran, Halim Napi. Namun aksi goyah dan kesilapan mudah Syed Adney ketika bertemu Kedah dalam kempen Liga Super 2010 menyebabkan Kelantan tewas 0-1 di laman sendiri kepada Kedah.

Khairul Fahmi kemudiannya diberi peluang dan disenaraikan sebagai penjaga gol utama bagi menentang T-Team pada 6 Mac 2010. Kelantan menang 1-0 pada perlawanan Liga Super itu sekaligus membolehkan beliau merampas kedudukan sebagai penjaga gawang utama pasukan Kelantan. Beliau Berjaya membantu pasukan menjadi naib juara Liga Super selain mengekalkan rekod tanpa kalah 22 perlawanan.

Kecemerlangan Khairul Fahmi meyakinkan Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan untuk terus memberi kepercayaan kepadanya untuk mengemudi gawang gol. Pasukan Kelantan tewas 0-1 kepada N.Sembilan pada aksi pembukaan kumpulan dalam Piala Malaysia. Pasukan Kelantan bangkit untuk melayakan diri ke suku akhir dan menewaskan Selangor 3-0 secara aggregat. Di peringkat separuh akhir, pertemuan dengan kedah dianggap penting kerana selain daripada objektif utama untuk layak ke final, ia juga bagi menebus maruah kerana Kedah merupakan satu-satunya pasukan yang menewakan Kelantan dalam saingan Liga Super selain menyingkirkan mereka daripada Piala F.A. Pada aksi pertama di Stadium Darul Aman, beliau berjaya mempertahankan gawang gol daripada dibolosi yang mana perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Pertemuan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, pasukan Kelantan menang 1-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan. Pada perlawanan akhir, pasukan Kelantan bertemu sekali lagi dengan N. Sembilan yang mana mereka ketinggalan pada minit ke-18, hasil jaringan sepakan penalti Shahurain Abu Samah. Kelantan bangkit dengan dua jaringan oleh Hairuddin Omar dan Mohd Badri Mohd Radzi sekaligus membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Pada 02 November 2010, beliau menerima anugerah Penjaga gol terbaik dan Pemain muda terbaik bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010. Beliau turut disenaraikan oleh Jurulatih, K. Rajagopal untuk menyertai pasukan Malaysia bagi mengharungi Piala AFF Suzuki 2010.[perlu rujukan]

Permulaan yang baik bagi Khairul Fahmi bersama pasukan Kelantan untuk musim 2011 apabila berjaya merangkul Piala Sumbangsih/Piala Sultan Haji Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0. Di dalam pusingan pertama kempen Liga Super, Kelantan tewas 3 kali dengan jumlah bolos yang agak besar. Namun bangkit di pusingan kedua dengan persembahan yang kosisten, sekali gus membolehkan beliau dan pasukan Kelantan menjulang Kejuaraan Liga Super buat kali pertama.[11]

Saingan Piala F.A pula, nasib tidak begitu menyebelahi pasukannya apabila tewas kepada Terengganu pada masa tambahan. Kelantan yang mendahului pada minit ke-79, hasil jaringan Azwan Roya dilihat bersedia untuk menjulang trofi tersebut sebelum dinafikan oleh jaringan sendiri oleh Daudsu pada minit ke-98 sekaligus mengheret perlawan ke masa tambahan. Harapan Kelantan akhirnya dimusnahkan oleh jaringan Nordin Alias pada minit ke-110. Misi merpertahankan Piala Malaysia juga lebur apabila Terengganu sekali menjadi penghalang dengan menewaskan pasukannya secara agregat di peringkat suku akhir.

Beliau sekali lagi diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik di Malaysia apabila merangkul anugerah penjaga gol terbaik untuk kali kedua bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011 dengan menewaskan Mohd Sharbinee Allawee Ramli dan Mohd Farizal Marlias.

Musim 2012 menyaksikan dominasi Kelantan berterusan. Memegang status juara Liga Super 2011, Khairul Fahmi bersama pasukan Kelantan turun bertemu pasukan N. Sembilan bagi mempertahankan Piala Sumbangsih. Pasukannya tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut. Kempen Liga Super menyaksikan gawang yang dikawal Apek hanya bolos 16 kali dan clean sheet 13 kali. Apek menjulang Liga Super kali kedua berturut-turut bersama Kelantan pada musim tersebut. Dominasi Kelantan berterusan apabila pasukanya mengenetepikan cabaran Sarawak, Kuala Lumpur, SPA F.C dan kedah untuk bertemu Sime Darby di peringkat akhir dalam saingan Piala F.A. Perlawanan yang berlangsung pada 19 Mei 2012 itu menyaksikan jaringan gol tunggal Mohammed Ghaddar sudah cukup untuk menebus kekecewaan musim lepas bagi menjulang Piala F.A.[12]

Antarabangsa

AFF Suzuki 2014

Pada 18 Nov 2014, beliau disenaraikan oleh Dollah Salleh bagi mengharungi kempen Piala AFF Suzuki 2014 bersama Mohd Khairul Azhan yang merupakan penjaga gol Pahang dan Mohd Farizal Marlias yang beraksi untuk Selangor. Apek turun sebagai pilihan utama untuk menjaga gawang. Jaringan Mohd Amri Yahyah hampr meletakkan Malaysia dihadapan namun,dibatalkan oleh pengadil selepas penyerang tersebut dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan. Skuad negara kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-34 selepas pemain tengah, Gary Steven Robbart. Perlawanan bekesudahan seri tanpa jaringan dan Apek menjadi wira negara selepas banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan Myanmar. Bertemu dengan Thailand, skuad Harimau Malaya bermula dengan agresif dan mendahului pada minit ke-28 hasil jaringan Amri Yahyah. Adisak Kraisorn kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-43. Harimau Malaya kembali mendahului menerusi usaha solo Safiq Rahim pada minit ke-61 namun Charyl Yannic Chappuis berjaya menembusi gawang yang dikawal Apek pada minit ke-73. Adisak menambah derita pasukan negara apabila memastikan mata penuh Thailand dengan gol pada minit-minit terakhir. Satu seri dan satu kalah memaksa Apek dan sepasukan tiada pilihan kecuali menang ke atas Singapura. Bermain di Stadium Kallang, Singapura memperoleh kelebihan dengan sokongan padu penyokong mereka. Safee Sali meletakan Malaysia dihadapan pada minit ke-61 sebelum Singapura menyamakan kedudukan hasil jaringan Khairul Amri. Ketika perlawanan dilihat hampir bekesudahan seri, Malaysia dihadiahkan sepakan penalti dan Safiq Rahim dilihat mudah menyempurkan sepakan tersebut. Disaat menunggu wisel ditiupkan, penjaga gol Singapura, Hassan Sunny meninggalkan gawang gol ketika sepakan penjuru ke gawang Malaysia. Serangan balas pasukan Malaysia membolehkan Indra Putra meletakkan kedudukan 3-1 selepas gawang gol singapura ditinggalkan kosong.[perlu rujukan]

AFF Suzuki 2016

Apek dipanggil bagi menyertai pasukan kebangsaan bagi mengharungi Piala AFF Suzuki 2016. Malaysia memulakan aksi pembukaan kemenangan setelah berhempas pulas untuk Kemboja 3-2 di Stadium Thuwanna, Myanmar. Seawal minit ke-8, gawang Malaysia bolos menerusi gol Chan Vathanaka setelah pertahanan Malaysia melakukan kesilapan “budak sekolah”. Pertahanan Malaysia berhenti mengejar bola selepas melihat penjaga garisan mengangkat bendera menandakan ofsaid namun tiada pengadil tidak meniupkan wisel dan meneruskan perlawanan. Apek tidak mampu melakukakan apa-apa untuk menyelamatkan kerana kesilapan bodoh yang dilakukan benteng pertahanan. Pada minit ke-36, Syazwan Zainon melakukan gerakan solo dan berjaya menewaskan pertahanan Cambodia sebelum merembat deras ke gawang gol. Pada minit ke-59, Apek sekalilagi tewas menerusi jaringan kedua Vathanaka apabila dia menewaskan dua pertahanan negara sebelum melepaskan rembatan kaki kiri untuk menewaskan Khairul Fahmi. Amri Yahya kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Amri yang membuat tolakan mudah hasil hantaran Hazwan Bakri. Pada minit ke-80, Amri Yahyah pada sekali lagi meledak gol selepas mendapat hantaran daripada Safee Sali. Perlawanan kedua peringkat kumpulan bekesudahan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, pasukan Vietnam meningkatkan asakan ke kubu pertahana pasukan negara. Pada minit terakhir, pemain negara mula kelihatan longlai dan gagal mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan dengan kemas. Asakan bertubi-tubi ke arah gawang gol akhir membolehkan gol pertama diraih pada minit ke-80 menerusi Nguyen Trong Huang. Pada perlawanan akhir peringkat kumpulan yang mana menentukan hidup mati pasukan negara untuk ke separuh akhir, Apek telah menyelamatkan sepakan penalti oleh Aung Thu pada minit ke12. Pada minit ke-43, Apek tertewas apabila Aung Thu cuba menebus kesilapannya namun percubaan beliau pada minit ke-43 sekadar terkena palang gol. Serangan bertali arus pasukan Myanmmar akhir Berjaya apabila pada minit ke-88, David Htan meledak jaringan tunggal perlawanan sakaligus menamatkan kempen pasukan Malaysia.[perlu rujukan]

AFF Suzuki 2020

Dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020, Khairul Fahmi dipanggil bersama dengan Khairulazhan dan Kalamullah Al-Hafiz sebagai pengaja gawang bagi menentang Indonesia, Vietnam, Cambodia dan Laos dalam peringkat kumpulan B. Namun skuad negara tidak dapat melayakkan diri ke pusingan akhir setelah tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia.[13]

Kehidupan peribadi

Khairul Fahmi mendirikan rumah tangga dengan Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey) pada 28 Disember 2012[14] di Pasir Pekan,[15] Wakaf Bharu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 3 Februari 2014[16] bernama Kayla Elayna. Anak kedua beliau yang bernama Khaleel Emir lahir pada 18 November 2015.[17][18]

Pencapaian

Kelantan FA

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2009 Piala FA Kelantan FA Naib Juara
Piala Malaysia Kelantan FA Naib Juara
2010 Liga Super Malaysia Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih Kelantan FA Juara
Piala FA Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih Kelantan FA Naib Juara
Piala FA Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan FA Juara
2013 Piala Sumbangsih Kelantan FA Naib Juara
Piala FA Kelantan FA Juara
Piala Malaysia Kelantan FA Naib Juara
2015 Piala FA Kelantan FA Naib Juara

Malaysia

Anugerah

Khairul Fahmi menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-43 pada 11 November 2012.[19]

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Musim Kategori
2013 Penjaga Gol Terbaik[20]
2012 Penjaga Gol Terbaik[21]
2011 Penjaga Gol Terbaik[22]
2010 Penjaga Gol Terbaik
2010 Pemain Muda Terbaik

Rujukan

  1. ^ Khairul Fahmi Che Mat - International Appearances - RSSSF.org
  2. ^ 100PLUS FAM National Football Awards 2010 dicapai pada 6 Disember 2010
  3. ^ Malaysian Super League[pautan mati kekal] dicapai pada 6 Disember 2010
  4. ^ a b Sehari Bersama Khairul Fahmi Che Mat (Astro Arena)
  5. ^ a b c d Kaki Bola Up Close & Personal | Khairul Fahmi Che Mat | Episod 3
  6. ^ "Fenomena Apex, inspirasi bola sepak". 16 Julai 2012. Dicapai pada 18 Disember 2012. Unknown parameter |Publisher= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  7. ^ "Khairul Fahmi Makes Family Proud". Bernama. 31 Disember 2010.
  8. ^ Harimau Muda pulang muram selepas tewas 1-2 kepada ATM - Utusan Malaysia (BLISS), 29 December 2007.
  9. ^ a b c d KISAH YANG TIDAK DICERITAKAN - TRWFC, 3 May 2018.
  10. ^ "Asraruddin and Khairul Fahmi to undergo trials with Eindhoven". The Star Online. 9 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2013.
  11. ^ Mengenang Kejatuhan The Red Warriors Dengan Kisah Kegemilangannya - Semuanya Bola, 24 July 2018.
  12. ^ Lakar sejarah treble, kenali 12 pemain TRW pernah julang Kelantan pada 2012 sebelum disunting JDT
  13. ^ https://www.vocketfc.com/piala-aff-senarai-lengkap-24-pemain-malaysia-terbang-ke-singapura/%3famp=1
  14. ^ Khairul Fahmi dan Leuniey selamat diijabkabulkan, Utusan Malaysia, 28 Disember 2012
  15. ^ Wahiduzzaman (22 November 2012). "Apek Akui Leuniey Wanita Matang Untuk Jadi Calon Isteri". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-01. Dicapai pada 13 Februari 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  16. ^ Khairul Fahmi dapat anak perempuan, Harian Metro, 4 Februari 2014 Diarkibkan 2014-02-23 di Wayback Machine
  17. ^ "Gambar Kahwin Khairul Fahmi Apek Dan Leuniey". InfoHarian (dalam bahasa Malay). infoharian.com. 28 December 2012. Dicapai pada 24 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Gambar Comel Anak Khairul Fahmi Dan Leuniey". MyNewsHub.my (dalam bahasa Malay). 10 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
  20. ^ Piya paling bernilai, Harian Metro, 1 Disember 2013
  21. ^ Kelantan, ATM bolot 4 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Sinar Harian, 30 Oktober 2012
  22. ^ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, Sinar Harian, 1 Disember 2011

Pautan luar