Khairul Faizi Ahmad Kamil

ahli politik Malaysia

Khairul Faizi Ahmad Kamil adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Johor. Beliau juga merupakan mantan Ketua Penerangan Perikatan Nasional negeri Johor[1].

Tuan

Khairul Faizi Ahmad Kamil

KMN
Khairul Faizi
Ketua Penerangan
Parti Perikatan Nasional Johor
Memegang jawatan
15 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Penolong Setiausaha Agung PAS
Memegang jawatan
2013
Didahului olehTakiyuddin Hassan
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2010 – 2013
Didahului olehKamaruzaman Mohamad
Digantikan olehAbang Mat Kerdee Abang Masagus
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Dalam jawatan
2005 – 2011
Didahului olehMazlan Aliman
Digantikan olehSuhaizan Kaiat
Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang
Memegang jawatan
2011
Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Dalam jawatan
2005 – 2007
Pengarah PASTI Negeri Johor
Dalam jawatan
2000 – 2005
Butiran peribadi
Lahir (1973-01-11) 11 Januari 1973 (umur 51)
Kluang, Johor
Parti politik PAS (2020-kini)
PAS
KediamanJohor Johor
PekerjaanAhli politik, Penulis, Penceramah

Beliau adalah merupakan Ketua Pengarah Pertubuhan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) sejak tahun 2019.

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada 15 Mei 2020 sehingga 8 Mac 2021 dan Pengerusi Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) pada 15 November 2020 sehingga 30 September 2021. Kedua-dua GLC ini di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) pada tahun 2020.

Latarbelakang sunting

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam (1980) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kluang (1981-1985). Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh (1986-1990). Memperolehi Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Diploma Tasawur Islam (ILHAM), Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memperolehi Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemasyarakatan (Sains Politik/Pengurusan)

Penglibatan di dalam politik sunting

Beliau adalah seorang aktivis PAS sejak daripada tahun 1997 lagi. Beliau pernah menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 2004, 2008, 2013, 2018 dan 2022.

Pilihan raya sunting

Kerusi yang ditandingi Khairul Faizi Ahmad Kamil
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
2004 DUN Mahkota, Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil PAS 4,107 Gapar Gurrohu BN (UMNO) 19,045 14,938
2008 DUN Mahkota, Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil PAS 9,009 Md Jais Sarday BN (UMNO) 17,489 8,480
2013 DUN Mahkota, Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil PAS 18,323 Md Jais Sarday BN (UMNO) 19,431 1,108
2018 DUN Jementah, Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil PAS 1,986 Chiam Yok Meng BN (MCA) 9,335 7,001
Tan Chen Choon PH (DAP) 16,336
Parlimen Segamat, Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil PAS 2,676 Subramaniam Sathasivam BN (MIC) 18,584 5,476
Santhara Kumar Ramanaidu PH (PKR) 24,060
2022 N24 Senggarang Khairul Faizi Ahmad Kamil (PAS) PN (PAS) 5,624 Mohd Yusla Ismail BN (UMNO) 9,725 3,912
Abd Hamid Jamah PH (Amanah) 5,813
Zalihah Jaafar Pejuang 168
Baharudin Abdullah Bebas 227

Motivasi sunting

Beliau sering memberikan ceramah dan pengendalian kursus berkaitan dengan pengurusan motivasi dan pernah menjadi kolumnis Harakah dalam ruangan pengurusan dan pentadbiran. Pernah menerbitkan pelbagai Manual Pengurusan PAS dan telah menulis buku Pengurusan Organisasi Haraki (2017), Poligami (2018) dan Rahsia Mesyuarat Berkualiti dan Berkesan (2018) yang diterbitkan oleh Minda Sejahtera Resources.

Beliau berkemampuan untuk bermain beberapa instrumen muzik dan telah mencipta lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan, diantaranya Aku Pejuang Islam, Ku Pinta RedhaMu, Agenda Anak Muda Berkebajikan, Harapan Rohingya, Kasih Bonda 2015, Derita Gaza 2.0, Istiqamah Hingga Kemenangan, Infiru dan Impian Ramadhan.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.