Mohamed Khaled Nordin
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin (lahir 30 November 1958) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-15 dari 2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah bekas Menteri Pengajian Tinggi (2008–2013). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permas (N. 43). Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO. Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi Kerajaan Perpaduan 2022.
Mohamed Khaled Nordin SPMJ (Johor); SIMP (Pahang); SMIJ (Johor); SPMP (Perak); PNBS (Sarawak); DSPN (PP); SMJ, PSI (I), PIS (II) (Johor) | |
---|---|
Menteri Pendidikan Tinggi | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Noraini Ahmad |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 14 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Dato Sri Mustapa Mohamed |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Idris Jusoh |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kota Tinggi, Johor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Halimah Mohamed Sadique |
![]() | |
Memegang jawatan 19 Mac 2023 Berkhidmat dengan Wan Rosdy Wan Ismail Johari Abdul Ghani | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid |
Dalam jawatan 30 Jun 2018 – 18 Mac 2023 Berkhidmat dengan Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi Hishammuddin Hussein Mohd Shafie Apdal |
Pengerusi Boustead Holdings Berhad[1] | |
Dalam jawatan 1 Mei 2020 – 5 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Lodin Wok Kamaruddin |
Digantikan oleh | Mohd Redzuan Md Yusof |
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 14 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
Didahului oleh | Abdul Ghani Othman |
Digantikan oleh | Osman Sapian |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk N43 Permas | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Munusamy Mareemuthu |
Digantikan oleh | Che Zakaria Mohd Salleh |
Majoriti | 5,752 (PRU-13) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pasir Gudang, Johor | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Johor Bahru | |
Dalam jawatan 1990–2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 30 November 1958
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Rosni Omar |
Anak-anak | Akmal Saufi Mohamed Khaled |
Ibu | Marina Shukri |
Bapa | Nordin Johari |
Alma mater | Universiti Malaya (LLB) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Pilihan Raya Umum ke-14Sunting
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tewas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau tewas kepada calon gabungan pembangkang PKR, Hassan Karim dengan majoriti 24,726 undi.
Sementara itu di kerusi DUN Permas, Mohamed Khaled tewas dengan majoriti 8,746 undi.
Beliau memperoleh 20,047 undi manakala calon PKR, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (28,793), calon Pas, Ab. Aziz Abdullah (4,181 undi) dan calon Bebas, Rohani Yaacob (113 undi).
BiodataSunting
Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Anak kepada pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.
KeluargaSunting
YB Dato' telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.
KerjayaSunting
Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).
Khaled telah memulakan tugasnya dalam Jemaah Menteri apabila Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi telah melantiknya bagi menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari tahun 2004 hingga tahun 2008 dan kemudian sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2009 lalu. Seterusnya beliau dilantik pula oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi meneruskan tugas beliau di kementerian yang sama dari tahun 2009 hingga tahun 2013 lalu.
Beliau kemudiannya bertanding di kerusi Dewan Negeri Johor untuk Permas pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 bagi negeri Johor dan memenangi kerusi tersebut dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Johor bagi menggantikan Abdul Ghani Othman.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau tewas dalam merebut kerusi Parlimen Pasir Gudang dan tewas juga di kerusi Dewan Negeri Johor untuk Permas dalam Pilihan raya negeri Johor 2018 lalu.
Darjah KebesaranSunting
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J, 24 November 2013) - Dato'
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J, 30 Mac 2015) - Dato'
- Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama P.S.I (I)
- Pahang Darul Makmur :
- Darjah Peringkat Pertama Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P, 24 Oktober 2006) - Dato' Indera
- Pulau Pinang :
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N, 2002) - Dato'
- Perak Darul Ridzuan :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P, 22 April 2006) - Dato' Seri
- Sarawak :
- Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S., 5 November 2008) - Dato Sri [2]
PolitikSunting
Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.
Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).
YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.
Pilihan raya Malaysia 1999, 2004, 2008Sunting
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Khaled Nordin telah dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Khaled Nordin telah bertukar ke kerusi Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi. Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi. Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohamed Khaled Bin Nordin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pasir Gudang , negeri Johor. Mohamed Khaled Bin Nordin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 35849. Calon lawan ialah Md Rizan Bin Mohd Saman dari PKR mendapat 18,568 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 76.7 %. Undi rosak sebanyak 1211.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Mohamed Khaled Nordin (UMNO) | 24,980 | 58.47% | Jaafar Onn (S46) | 16,814 | 39.35% | 43,856 | 8,166 | 67.54% | ||
Ismail Wanjor (BEBAS) | 930 | 2.18% | |||||||||
1995 | Mohamed Khaled Nordin (UMNO) | 40,141 | 79.76% | Zahrah Mohd Yusof (S46) | 6,023 | 11.97% | 52,424 | 34,118 | 70.56% | ||
Tan Tien Lim (PBS) | 4,165 | 8.28% | |||||||||
1999 | Mohamed Khaled Nordin (UMNO) | 38,707 | 73.23% | A. Razak Ahmad (PRM) | 14,149 | 26.77% | 54,588 | 24,558 | 70.13% |
Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohamed Khaled Nordin (UMNO) | 38,123 | 84.48% | A. Razak Ahmad (PKR) | 7,002 | 15.52% | 46,178 | 31,121 | 75.49% | ||
2008 | Mohamed Khaled Nordin (UMNO) | 35,849 | 65.88% | Md Rizan Mohd Saman (PKR) | 18,568 | 34.12% | 55,891 | 17,281 | 76.71% |
Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Mohamed Khaled Nordin (UMNO) | 23,952 | 55.79% | Syed Othman Abdullah (PAS) | 18,200 | 42.39% | 42,932 | 5,752 | 86.90% |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Khaled Nordin dilantik Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Rnggt, Dicapai pada 1 Mei 2020
- ^ "Sarawak Honours List 2008". The Star Online. 5 November 2008. Dicapai pada 12 October 2019.
- ^ a b c "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures exclude informal votes. Independent and third party candidates not listed.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.Results only available for the 2013 election.
Pautan luarSunting
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Johor 2013 – 2018 |
Penyandang Kemudian |
Abdul Ghani Othman | Osman Sapian |
Penyandang Terdahulu | Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 2008 – 2013 |
Penyandang Kemudian |
Mustapa Mohamed | Idris Jusoh |
Penyandang Terdahulu | Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia 2004-2008 |
Penyandang Kemudian |
Mohamed Nazri Abdul Aziz |
Noh Omar |