Provinsi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: nah:Huēyāltepētl
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: an:Probinzia; perubahan kosmetik
Baris 2:
{{Daerah administrasi Indonesia}}
 
'''Provinsi''' ialah nama untuk sebuah [[entiti subnegara]]. Perkataan "Provinsi" telah diakui dalam [[bahasa Inggeris]] sejak kira-kira [[1330]], dan berasal daripada [[bahasa Perancis|perkataan Perancis]] Lama, ''province'' ([[abad ke-13]]). Perkataan Perancis itu berasal pula daripada [[bahasa Latin]], ''provincia'', yang bermaksud "wilayah di bawah penguasaan [[Rom]]". ''Provincia'' ialah kata majmuk yang berasal daripada ''pro-'' ("bagi pihak") dan ''vincere'' ("menguasai") — dengan kata yang lain, sebuah provinsi ialah sebuah wilayah atau fungsi yang dikuasai oleh seorang [[majistret]] Rom bagi pihak kerajaannya.
 
Perkataan ''provincia'' diberikan maksud pentadbiran wilayah oleh orang-orang [[Rom kuno|Rom]] ketika mereka membahagikan empayar mereka menjadi ''[[Provinsi Rom|provinciae]]'' tetapi dari banyak segi, provinsi-provinsi ini lebih serupa dengan tanah-[[tanah jajahan]] moden yang dieksploitasikan tanpa hak-hak yang sama. Secara ironi, hak-hak yang sama telah diberikan sejak mula-mulanya kepada ''coloniae'' yang merupakan petempatan-petempatan tempatan yang lebih kecil, dan yang sering diasaskan oleh para bekas perajurit.
Baris 17:
 
 
== Aspek sejarah dan budaya ==
Di [[Perancis]], ungkapan ''en province'' masih cenderung bermaksud "di luar kawasan [[Paris]]". (Ungkapan yang sama ini juga digunakan di [[Peru]], di mana ''en provincias'' bermaksud "di luar [[bandar raya]] [[Lima]]"). Sebelum [[Revolusi Perancis]], Perancis terdiri daripada beberapa kerajaan (seperti Ile-de-France yang dibina di [[demesne]] [[Dinasti Capet]] yang awal), dengan sesetengah kerajaan ini dianggap sebagai 'provinsi', walaupun istilah itu telah dipergunakan dalam [[bahasa basahan]] untuk memerihalkan kawasan-kawasan yang kecil serupa [[manor]] (''châtellenie''). Bagaimanapun, ''Grands Gouvernements'' yang secara amnya merupakan bekas wilayah-wilayah feudal [[Zaman Pertengahan]] (atau aglomeratnya), paling biasa dirujuk sebagai 'provinsi'. Pada hari ini, ''Grands Gouvernements'' ini kekadang digantikan dengan ''en région'' disebabkan istilah itu kini dipergunakan sebagai satu peringkat sekunder kerajaan yang rasmi.
 
Dari segi sejarah, [[Fernand Braudel]] telah menggambarkan provinsi-provinsi [[Eropah]] — terdiri daripada banyak kawasan kecil yang digelarkan oleh orang-orang Perancis sebagai ''pay'', dan oleh orang-orang [[Switzerland]] sebagai [[kanton]], dengan setiap kawasan mempunyai identiti [[budaya]] tempatan dan menumpukan kepada sebuah pekan pasar — sebagai sebuah unit [[politik]] yang mempunyai saiz optimum pada zaman praindustri Eropah Moden Awal dan bertanya: "Bukankah provinsi merupakan '[[tanah air]]' penduduk yang benar?" (''The Perspective of the World'' (Sudut Pandangan Dunia) 1984, m.s. 284). Perancis, sebuah [[negara bangsa]] awal yang diatur secara pusat, juga akan berkecai menjadi provinsi-provinsi autonomi di bawah tekanan seperti krisis [[Perang-perang Agama]] ([[1562]] - [[1598]]) yang berterusan.
 
Bagi ahli-ahli sejarah [[abad ke-19]] dan [[Abad ke-20|ke-20]], "kerajaan terpusat" telah dianggap sebagai suatu gejala kemodenan dan kematangan politik dalam kebangkitan Eropah. Kemudian pada akhir [[abad ke-20]], ketika [[Kesatuan Eropah]] merapatkan negara-negara bangsa, daya-daya memusat kelihatan bergerak menujui sebuah sistem yang lebih fleksibel dan yang terdiri daripada entiti-entiti yang bersifat kerajaan provinsi setempat di bawah payung Eropah. [[Sepanyol]], selepas [[Francisco Franco]], ialah sebuah negara kesatuan secara rasmi tetapi sebenarnya, berfungsi sebagai sebuah persekutuan yang terdiri daripada [[Komuniti-komuniti Autonomi Sepanyol|Komuniti-komuniti Autonomi]], dengan setiap komuniti mempunyai kuasa yang berbeza (sila lihat [[Politik Sepanyol]]). Ketika [[Serbia]], "punggung" bekas [[Yugoslavia]], bertempur dengan pengikut-pengikut [[faham pemisahan]] di provinsi [[Kosovo]], [[United Kingdom]] pada waktu itu sedang mengasaskan parlimen-[[parlimen]] tempatan di [[Scotland]], [[Wales]], dan [[Ireland Utara]] )1988) di bawah prinsip politik, "[[penurunan kuasa]]".
 
== Provinsi di Indonesia ==
Dalam pembahagian pentadbiran, Indonesia terdiri daripada [[provinsi]], yang diketuai oleh seorang [[gabenor]]. Provinsi masing-masing dibahagi kepada [[kabupaten]] dan [[kota (indonesia)|kota]]. Ketika ini Indonesia mempunyai 33 provinsi. Sebelum tahun 2000 Indonesia memiliki 27 provinsi.
 
== Lihat juga ==
* [[Gabenor]]
* [[Daftar kawasan tak rasmi mengikut negara]]
* [[Provinsialisme]]
 
== Sumber dan rujukan ==
* [http://www.etymonline.com/index.php?search=province&searchmode=none Etimologi dalam talian]
* [http://www.worldstatesmen.org/ Laman web WorldStatesmen]
 
 
Baris 43:
 
[[ar:إقليم]]
[[an:Probinzia]]
[[ast:Provincia]]
[[gn:Tetãvore]]