Seni tampak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan untuk STPM adalah terhad dan cuma sebuah buku yang diterbit oleh Oxford Fajar dijual di pasaran. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Oleh itu, seorang pengajar tempatan, Chan Kar Weng telah meletakkan maklumat-maklumat seni visual di wikipedia melayu bagi dimanfaatkan oleh semua pelajar. Beliau percaya bahawa cuma dengan adanya sumber ini, pelajar-pelajar baharulah terus mengikuti program seni visual di peringkat sekolah. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.
 
Dua aspek utama dalam sukatan pelajaran STPM Seni Visual ialah Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tigaempat komponen, iaitu
:(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
:(b) Lukisan dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, krayon dsb.