Smendes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Hedjkheperre Setepenre Smendes merupakan pengasas dinasti ke Dua Puluh Satu [[Mesir]] dan menduduki takhta selepas mengkebumikan Ramesses XI di Mesir Bawah – wilayah yang dikuasai beliau. Nama Mesirnya yang sebenarnya adalah Nesbanebded tetapi ia diterjemahkan ke bahasa Yunani sebagai Smendes oleh penulis-penulis selepasnya seperti Sextus Africanus dan Josephus. Manakala asal usul Smendes yang sebenar kekal sebagai satu rahsia, beliau dijangkakan merupakan Putera atau Gabenor di Mesir Bawah sepanjang Zaman Pembaharuan era Ramesses XI dan tapak kuasanya adalah Tanis. Beliau jelas menonjol dalam Laporan Wenamun, bertarikh Tahun 5 Zaman Pembaharuan atau era Whm Mswt (atau Tahun 23 rasmi Ramesses XI) sebagai orang yang amat penting. Wenamun menegaskan bahawa beliau terpaksa melawat Tanis dan hadir sendiri bagi menyampaikan surat watikahnya kepada Smendes dengan tujuan mendapatkan kebenaran darinya bagi mengembara ke utara Lebanon moden dan mendapatkan kayu pokok cedar yang bernilai bagi penggunaan dalam Kuil Besar Amun di Thebes. Smendes bertindak balas dengan menghantar sebuah kapal bago perjalanan Wenamun ke Syria dan Levant.
 
Smendes tidak banyak tertulis dalam rekod peringatan dangan hanya satu rekod stela dijumpai di sebuah kuari berhampiran Gebelein dan di Thebes di mana dia memperbaiki Tembok yang mengelilingi Kuil Monthu berhampiran Karnak. Smendes dirakamkan memerintah selama 26 Tahun oleh Manetho dalam buku Epitomenya, dan merupakan suami kepada Tentamun. Paderi Besar Menkheperre mematahkan satu pemberontak di Thebes pada Tahun 25 seorang raja yang hanya boleh jadi Smendes kerana tiada bukti bahawa Ketua Paderi mengira tahun pemerintahan mereka sendiri walaupun apabila mereka mengambil gelaran diraja seperti yang dilakukan oleh Pinedjem I. Menkheperre kemudiannya membuang negara pemimpin pemberontakan ke Padang Pasir Barat Oases sebagaimana direkodkan oleh 'Stela Pembuangan Negeri oleh Menkheperre'. Individu-individu ini telah diampunkan beberapa tahun semasa pemerintahan penggantinya, Amenemnisu.