Gua Niah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 18:
[[Fail:Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah.jpg|360px|thumb|right|Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah]]
[[Fail:Barbara Harrison.jpg|360px|thumb|right|Barbara Harrison, memegang tengkorak di Gua Niah ]]
Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. BeliauTom ialah kurator Muzium Sarawak . Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi. Beliau telah membongkar satu [[tengkorak]] manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden ([[Homo sapiens]]) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh [[radiokarbon]] sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di [[Borneo]].
 
Selain bukti kehadiran manusia zaman [[Palaeolithic]] pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.
 
Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.
 
==Laluan ke Taman Negara Niah==