Sistem Bretton Woods: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Dalam persediaan membina sistem ekonomi antarabangsa ketika [[Perang Dunia II]] masih berlangsung, 730 delegasi dari semua 44 negara sekutu berkumpul di Hotel Mount Washington di [[Bretton Woods]], [[New Hampshire]], [[Amerika Syarikat]], bagi Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para delegasi menandatangani Perjanjian Bretton Woods semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.
 
Dalam menyiapkan sistem peraturan, institusi, dan prosedur untuk mengawal selia sistem kewangan antarabangsa, para delegasi di Bretton Woods menubuhkan [[Tabung Kewangan Antarabangsa]] (IMF) dan [[Bank Internasional untuk Rekonstruksi dan Pembangunan]] (IBRD), yang sekarang ini merupakan sebahagian daripada [[Kumpulan Bank Dunia]]. Pertubuhan-pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945 selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk meratifikasi perjanjian.
 
Ciri-ciri utama Sistem Bretton Woods adalah kemestian bagi setiap negara untuk menerima pakai dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dicampur dan ditolak dalam satu peratus-dalam nilai emas dan kemampuan [[Tabung Kewangan Antarabangsa|IMF]] sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran. Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang sokongan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.