Kontrak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46:
 
Ada sebahagian orang awam berpendapat bahawa apa sahaja perjanjian yang mereka buat boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Pendapat ini adalah silap kerana bukan semua perjanjian memenuhi ciri-ciri Kontrak. Jika sesuatu perjanjian itu tidak memenuhi ciri-ciri Kontrak, maka ia tidak boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. Contohnya jika suatu perjanjian itu tidak wujud "balasan", maka perjanjian itu bukanlah suatu kontrak yang sah dan oleh itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang.
 
 
'''Perjanjian bertulis yang dibuat oleh dua pihak, juga mengikat pihak-pihak lain yang tidak menandatangi perjanjian bertulis itu'''
 
Ada sebahagian ahli masyarakat berpendapat bahawa perjanjian yang dibuat oleh seseorang dengan seseorang lain akan mengikat pihak-pihak lain yang tidak terlibat dengan perjanjian itu (Dalam istilah undang-undang, pihak-pihak yang lain itu bukan "''privy to the contract''"). Contohnya si A membuat perjanjian bertulis menjual keretanya (yang masih dalam pembiayaan bank) kepada si B. Biasanya si A telah membuat perjanjian pinjaman (atau sewa beli) lebih awal dengan suatu bank semasa dia mula membeli keretanya. Oleh itu jika hutang dengan bank gagal dibayar, maka bank berhak merampas kereta tersebut berdasarkan perjanjian pinjaman di antara bank dengan si A. Manakala si B tidak boleh menghalang bank untuk tidak merampas kereta tersebut dengan alasan kereta tersebut telah dijual kepadanya melalui suatu perjanjian bertulis. Sebab si B tidak boleh menghalang dari sudut undang-undang ialah kerana bank tersebut tidak terlibat sebagai pihak kepada perjanjian penjualan kereta tersebut, maka dengan itu bank tidak terikat dengan apa-apa syarat perjanjian penjualan kereta tersebut.
 
Ada beberapa jenis perjanjian bertulis yang mengikat pihak lain yang tidak terlibat dengan perjanjian tersebut tetapi ia dalam situasi yang terhad. Contohnya adalah perjanjian perkongsian.
 
== Lihat juga ==