Tali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CarsracBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: gd, hi, hu, tr
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: la:Funis; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:Rope.jpg|thumb|200px|right|Gelung tali yang digunakan sebagai tali rawai]]
 
'''Tali''' adalah seutas [[serat]], dipilin atau dianyam bersama untuk meningkatkan kekuatan bagi menarik dan menyambung. Ia mempunyai [[kekuatan tegangan]] tetapi terlalu lentur untuk memberikan kekuatan mampatan (contohnya, ia boleh digunakan bagi menarik, bukan menolak). Tali lebih tebal dan kukuh berbanding benang, atau akar.
Baris 8:
 
== Sejarah ==
[[ImejFail:Ancient_Egypt_rope_manufacture.jpg|thumb|200px|Mesir Purba merupakan yang pertama merekodkan perkakasan menghasilkan tali]]
[[ImejFail:Pembuat tali Jerman sekitar 1460-1480.png|thumb|200px|Pembuat tali Jerman, sekitar 1470 M]]
[[ImejFail:Turku Medieval Markets, twisting rope.jpg|right|thumb|Pertunjukan umum teknik menghasilkan tali dalam sejarah]]
 
Penggunaan tali bagi memburu, menghela, mengikat, menyambung, membawa, mengangkat, dan memanjat bermula sejak zaman purba dan sentiasa penting bagi kemajuan teknologi manusia. Kemungkinannya "tali " terawal adalah gentian tumbuhan sedia ada, seperti pokok memanjat, diikuti selepasnya dengan cubaan pertama memilin dan menganyam beberapa utasan untuk membentuk tali sebenar dalam erti kata moden. Cebisan fossil kemungkinannya "dua pilin talin sepanjang sekitar 7 mm diameter" dijumpai di gua [[Lascaux]], bertarikh dari sekitar 17,000 Sebelum Masihi.<ref name="histsci14">J.C. Turner and P. van de Griend (ed.), ''The History and Science of Knots'' (Singapore: World Scientific, 1996), 14.</ref>
 
Kemungkinannya orang-orang Mesir Purba merupakan tamadun pertama yang memajukan perkakasan khas bagi menghasilkan tali. Tali Mesir bertarikh dari 4000 hingga 3500 S.M. dan biasanya dihasilkan dari gentian rumput reed air (''water reed fibers''). Tali lain di masa lalu dihasilkan dari gentian pokok tamar, flax, rumput, [[papirus]], [[kulit]], atau rambut haiwan. Kegunaan tali sedemikian yang dihela oleh beribu pekerja membenarkan Mesir mengalih batu berat yang diperlukan bagi membina mercu tanda mereka. Bermula dari sekitar 2800 S.M., talu yang dihasilkan dari gentian hemp digunakan di China. Tali dan seni menghasilkan tali tersebar sepanjang Asia, [[India]], dan Eropah selama beberapa ribu tahun berikutnya.
 
Pada Zaman Pertengahan (dari kurun ke tiga belas sehingga kurun ke lapan belas), dari Kepulauan British sehingga ke Itali, tali dibina dalam bentuk yang dikenali sebagai ''jalan tali'', bangunan yang sangat panjang di mana untaian tali sepanjangnya diregangkan dan ditindan (''laid up'') atau dijalin untuk membentuk tali. Panjang kabel dengan itu ditetapkan oleh panjang bangunan jalan tali. Ini berkait dengan unit panjang yang diistilahkan sebagai ''[[panjang kabel]]''. Ini membenarkan tali panjang sehingga 300 ela atau lebih dihasilkan. Tali pendek tidak berguna di kapal tinggi yang memerlukan tali yang panjang, berukur lilit sekata, dan kukuh. Talu pendek memerlukan sambungan untuk memanjangkannya. Bentuk sambungan terkukuh adalah sambungan pendek, yang menggandakan ukur lilit tali pada kawasan sambungan. Ini akan menimbulkan masaalah dalam perkakasan rig seperti takal dan gelendong.
 
[[Leonardo da Vinci]] melakar konsep mesin pembuat tali, tetapi sebagaimana kebanyakan ciptaannya, ia tidak pernah dibina. Walaubagaimanapun, pencapaian pembinaannya yang menakjubkan dicapai tanpa menggunakan teknologi maju: Pada 1586, [[Domenico Fontana]] menegakkan [[obelisk]] 327 tan di Medan Saint Peter, Rom dengan usaha bersama 900 orang, 75 kuda, dan jumlah takal yang tidak terbilang dan bermeter tali. Menjelang akhir 1700-an beberapa mesin yang boleh digunakan telah dibina dan dipaten.
 
Tali terus dihasilkan dengan menggunakan gentian semulajadi sehingga 1950-an apabila gentian buatan seperti [[nilon]] menjadi popular.
Baris 24:
== Jenis pembuatan tali ==
 
=== Tali rentang atau pulas ===
Tali baring, juga dikenali sebagai ''tali pulas'', secara sejarah adalah bentuk tali yang meluas digunakan, setidaknya dalam sejarah moden Barat. Kebanyakan tali pulas terdiri dari tiga utas dan biasanya direntang ke kanan, atau dipulas kearah kanan. Biasanya, tali rentang tiga utas dikenali sebagai biasa atau tali rentang hawser. Tali empat utas biasanya dikenali sebagai ''shroud-laid'', dan tali yang dipulas menggunakan 3 atau lebih tali dikenali sebagai ''kabel rentang - (laid cable)''.
 
[[ImejFail:Metters rope serpentine vtm.jpg|thumb|Penghasilan tali menggunakan kaedah tali pulas pada Mesin Pembuat Tali Metters 1928]]
Tali pulas dihasilkan dalam tiga langkah. Pertama, [[gentian]] dikumpul dan dipulas bagi menghasilkan benang. Sejumlah benang ini kemudiannya dipulas bersama bagi membentuk utasan. Utasan ini dipulas bersama bagi membentuk tali. Pulasan benang berlawanan dengan utasan, dan seterusnya berlawanan dengan arah pulasan tali. Pulasan berlawanan ini membantu mengekalkan bentuk tali. Sebaliknya, tali yang dihasilkan menggunakan kaedah ini terurai di bawah tekanan, yang menyebabkan putaran, herotan, hockling dan regangan. Sebarang tali jenis ini perlu dibebat hujungnya mengunakan sabarang cara untuk menghalangnya dari terburai. Tali pulas mempunyai kecenderungan bagi dililit. Tali rentang normal perlu dililit ''dengan matahari'', atau ikut arah jam, bagi menghalang herot. Lilitan arah ini memberi pulasan kepada tali. Salah satu kelemahan kaedah ini adalah setiap gentian terdedah kepada geseran beberapa kali sepanjang panjang tali tersebut. Ini bererti bahawa tali itu boleh merosot kepada serpihan beberapa inci, yang tidak mudah dikesan menggunakan mata kasar.
 
=== Tali dianyam ===
[[ImageFail:SuperMacro Rope.JPG|right|250px|thumb|Tali hiasan tebal.]]
Tali anyam biasanya dihasilkan dari [[nilon]], [[poliester]] atau [[polipropilena]]. Nilon dipilih bagi ciri menegang lenturnya dan tahan kepada cahaya [[sinar ultraungu]]. Poliester adalah 90% sekukuh nilon tetapi kurang menegang bawah bebanan, lebih tahan geseran, mempunyai ketahanan lembayung ungu yang lebih, dan kurang berubah panjang apabila basah. Polypropylene disukai kerana kos rendah dan ringan (ia timbul dalam air).
 
'''Anyaman tunggal''' terdiri dari jumlah utas genap, biasanya lapan atau dua belas, dianyam dalam pola bulat dengan separuh utas kearah jam dan separuh yang lain melawan jam. Utas-utas ini disilang dengan anyaman biasa atau anyaman silang (''twill''). Rongga tengah mungkin besar atau kecil; dalam kes pertama istilah '''anyaman berongga''' kadang kala digunakan.
Baris 59:
 
== Sumber ==
* Lane, Frederic Chapin, 1932. ''The Rope Factory and Hemp Trade of Venice in the Fifteenth and Sixteenth Centuries'', Journal of Economic and Business History, Vol. 4 No. 4 Suppl. (August 1932).
* Plymouth Cordage Company, 1931. ''The Story of Rope; The History and the Modern Development of Rope-Making'', Plymouth Cordage Company, North Plymouth, Mass.
* Sanctuary, Anthony, 1996.'' Rope, Twine and Net Making'', Shire Publications Ltd., Cromwell House, Princes Risborough, Buckinghamshire.
* Teeter, Emily, 1987. ''Techniques and Terminology of Rope-Making in Ancient Egypt'', Journal of Egyptian Archaeology, Vol. 73 (1987).
* Tyson, William, no date. ''Rope, a History of the Hard Fibre Cordage Industry in the United Kingdom'', Wheatland Journals, Ltd., London
* Smith, Bruce&Padgett, Allen, 1996. ''On Rope. North American Vertical Rope Techniques'', National Speleological Society, Huntsville, Alabama.
* Gaitzsch, W. ''Antike Korb- und Seilerwaren'', Schriften des Limesmuseums Aalen Nr. 38, 1986
* Gubser, T. ''Die bäuerliche Seilerei'', G. Krebs AG, Basel, 1965
* Militzer-Schwenger, L.: ''Handwerkliche Seilherstellung'', Landschaftsverband Westfalen-Lippe, 1992
* Nilson, A. ''Studier i svenskt repslageri'', Stockholm, 1961
* Pierer, H.A. ''Universal-Lexikon'', Altenburg, 1845
* Schubert, Pit. ''Sicherheit und Risiko in Fels und Eis'', Munich, 1998
* Strunk, P.; Abels, J. ''Das große Abenteuer 2.Teil'', Verlag Karl Wenzel, Marburg, 1986
* Hearle, John W. S. & O'Hear & McKenna, N. H. A. ''Handbook of Fibre Rope Technology'', CRC Press, 2004
 
== Pautan luar ==
{{commons|Rope|Tali}}
 
* {{en}} [http://www.ropeloft.co.uk Yachting and other synthetic ropes]
* {{en}} [http://www.spadout.com/wiki/index.php/Climbing_Rope Memanjat tali]
* {{en}} [http://www.uponaline.com Learn to walk on rope - Uponaline.com]
* {{en}} [http://www.myrope.com/boats/ Jenis-jenis Tali untuk Bot]
* {{en}} [http://dmoz.org/Business/Industrial_Goods_and_Services/Industrial_Supply/Rope_and_Rigging/ Open Directory - sumber untuk pautan-pautan berkenaan tali]
* {{en}} [http://www.StoryOfRope.org Ropewalk: A Cordage Engineer's Journey Through History]
 
[[Kategori:Tali| ]]
Baris 105:
[[it:Corda]]
[[he:חבל]]
[[la:Funis]]
[[hu:Kötél]]
[[nah:Mecatl]]