Perbezaan antara semakan "Pengkalan Kubor"

65 bait ditambah ,  10 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Pengkalan Kubur''' ialah sebuah bandar [[sempadan]] Malaysia di [[sempadan Malaysia-Thailand]] di utara negeri [[Kelantan]]. Bersempadan dengan [[Tak Bai]]. '[[Pengkalan]]' bermaksud tempat [[kapal]] , [[feri]] atau [[tongkang]] berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubur' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk tempat , pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubur-kubur orang Melayu satu ketika dahulu.
 
==Dua kerakyatan==
Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh [[Sungai Golok]] yang lebarnya di sini kira-kira 500 meter. Ramai penduduk sebelah menyebelah sempadan ini mempunyai tali persaudaraan dan sama-sama berugama Islam atau [[Buddha]]. Ramai juga penduduk sempadan yang memiliki dua pasport dan 2 kerakyatan. Pejabat imigresen akan memeriksa pasport mereka yang hendak melintasi sempadan. Penduduk yang lahir di negeri [[Kelantan]] , [[Perak]], [[Perlis]] dan [[Kedah]] boleh mendapatkan [[pas sempadan]] dalam masa satu hari sahaja . Mereka yang lain, kenalah membuat parport antarabangsa, termasuk kanak-kanak - yang boleh siap aatu hari di pejabat imigresen.
 
==Kawasan bebas cukai==
Pengkalan Kubur mempunyai [[kawasan bebas cukai]] yang menjual barang-barang, terutamanya [[pakaian]], [[kasut]], [[beg]] dan peralatan [[dapur]] pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang [[bola sepak]]. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di [[Rantau Panjang]] lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubur ke Rantau Panjang kira-kira sejam sahaja.
 
==Pemeriksaan polis==
[[Fail:Pemeriksaan polis di Pengkalan Kubur.jpg|thumb|300px|right|Pemeriksaan polis di Pengkalan Kubur]]
Pengkalan Kubur mempunyai pos pemeriksaan [[Imigresen]] yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara [[Malaysia]] dan [[Thailand]]. Di siang hari, perkhidmatan [[feri]] membawa penumpang menyeberangi sungai ke [[Tak Bai]] dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubur ke [[Kota Bharu]] melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. Pengunjung yang berkereta api dari Kuala Lumpur atau singapura terpaksa turun di Stesen keretapi Tumpat. Dari stesen ini, mereka bolehlah menaiki kereta sewa, teksi atau kereta sapu ke Pengkalan Kubur. Di sepanjang ke sini ada beberapa peperiksaan polis untuk memastikan tiada penyeludupan [[senjata api]],[[gula]], [[beras]], [[minyak masak]], barang baram dan lain-lain.
16,835

suntingan