Abdul Rahman Andak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Bapa Dato' [[Abdul Rahman bin Andak]] ialah [[Haji Andak bin Haji Jamak]]. Adiknya Tan Sri [[Taib Andak]].
 
[[Abdul Rahman bin Andak]] yang bergelar '''Datuk Seri Amar Diraja''' adalah pembesar yang sangat pintar di [[Johor]].Beliau telah mendapat pendidikan [[British]].Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.
 
Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British.Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat.Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor.Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadapa mereka.
 
Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di [[England]] dalam tahun 1870'an. Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan jawatan [[Setiausaha Kerajaan Negeri]]. Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Maharaja Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun 1885, [[Perlembagaan Negeri Johor 1895]] dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris. Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu [[Sultan Johor]] telah dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam tahun 1909. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.
 
Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan [[Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa]] ditubuhkan oleh [[Muhammad Ibrahim Munshi]] . Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari [[bahasa Melayu]] agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada [[bahasa Inggeris]] ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerja raya.