76,300
suntingan
Idioma-bot (bincang | sumb.) k (bot menambah: lt:Kvamė Nkruma) |
k (bot menambah: fiu-vro:Nkrumahi Kwame; perubahan kosmetik) |
||
[[
'''Kwame Nkrumah''' ([[21 September]] [[1909]] - [[27 April]] [[1972]]) ialah pengasas dan [[Ketua Negara Ghana|presiden]] pertama negara [[Ghana]] moden. Beliau juga merupakan ketua [[penyahjajahan]], [[Neo-kolonialisme|anti-neo-kolonialisme]], dan [[anti-imperialisme]] [[Afrika]] dari [[Ghana]] yang telah muncul sebagai salah satu penyokong [[Pan-Afrikanisme]] yang terpengaruh pada [[abad ke-20]].
== Kehidupan awal dan pendidikan ==
Dilahirkan di [[Nkroful]], [[Pantai Emas (tanah jajahan British)|Pantai Emas]] (Ghana kini), Nkrumah menerima pendidikannya daripada [[Sekolah Achimota]], [[Accra]], dan Seminari Roman Katolik, Amisano. Beliau kemudian mengajar di sebuah sekolah Katolik di [[Axim]].
Semasa Nkrumah berada di Amerika Syarikat, beliau melawat dan berkhutbah di Gereja-[[gereja Presbyterian]] orang Hitam di Philadelphia dan Bandaraya New York. Beliau juga membaca buku-buku mengenai [[politik]] serta [[ketuhanan]], dan dimaklumkan tentang idea-idea [[Marcus Garvey]].
Nkrumah kemudian dianugerahi dengan [[ijazah kedoktoran kehormat]] oleh [[Universiti Lincoln (Pennsylvania)|Universiti Lincoln]], [[Universiti Negara Moscow]]; [[Universiti Kaherah]] di [[Kaherah]], [[Mesir]]; [[Universiti Jagiellon]] di [[Kraków]], [[Poland]]; [[Universiti Humboldt]] di bekas [[Berlin Timur]]; serta universiti-universiti yang lain.
== Kepulangan ke Pantai Emas ==
Pada musim luruh dalam tahun [[1947]], Nkrumah dijemput untuk menjadi Setiausaha Agung kepada [[Konvensyen Pantai Emas Bersatu]] (UGCC) di bawah [[Joseph B. Danquah]]. Konvensyen politik ini sedang memeriksa dengan teliti segala kemungkinan untuk [[kemerdekaan]]. Nkrumah menerima jawatan itu dan belayar ke Pantai Emas. Selepas bersinggah di [[Sierra Leone]], [[Liberia]], dan [[Pantai Ivory]], beliau tiba di Pantai Emas pada Disember [[1947]].
Dihadapi oleh bantahan-bantahan antarabangsa serta tentangan dalaman, pihak British memutuskan untuk meninggalkan Pantai Emas. [[Britain]] mengadakan pilihan raya umum yang pertama di Afrika di bawah francais sejagat pada tahun 1951. Walaupun masih menjalani pemenjaraan, Nkrumah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya itu, dengan partinya memperoleh 34 daripada 38 kerusi di dalam Dewan Undangan. Kini merupakan Ketua Urusan Kerajaan, Nkrumah dibebaskan dari penjara pada 12 Februari 1951. [[Charles Arden-Clarke]], Gabenor British, memintanya mengetuai sebuah kerajaan baru yang menuju ke arah kemerdekaan. Pada tahun 1952 ketika gabenor British itu meletakkan jawatannya, Nkrumah dilantik sebagai Perdana Menteri. Akhirnya, beliau menjadi Presiden pertama Ghana apabila beliau memenangi pilihan raya umum pada tahun 1960. Pada tahun 1962, Nkrumah dianugerahi dengan [[Hadiah Perdamaian Lenin]].
== Kemerosotan dan Kejatuhan ==
[[
Tahun 1954 merupakan tahun yang penting dalam kehidupan Kwame Nkrumah. Pada tahun itu, beliau memenangi Pilihan Raya Kemerdekaan dengan memperoleh 80% undi yang benar-benar menghairankan (tetapi agak sah). Bagaimanapun, tahun yang sama itu juga melihat penyemaian bibit-bibit yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan politiknya. Pada tahun 1954, harga dunia koko naik dari £150 hingga £450 bagi setiap tan. Nkrumah tidak membenarkan petani-petani koko mendapat durian runtuh itu tetapi sebaliknya, memindahkan untung tambahan itu untuk membangun negara. Dasar baru ini mengakibatkannya tidak disukai lagi oleh salah satu daripada kawasan pilihan raya utama yang membantunya bangkit untuk berkuasa.
Tahun 1958 melihat pengenalan dua undang-undang yang menyekat kebebasan orang-orang Ghana. Ekoran daripada Mogok Pelombong Emas 1955, Nkrumah memperkenalkan Akta Kesatuan Sekerja yang menyebabkan mogok menjadi kegiatan yang menyalahi undang-undang. Sebagai reaksi terhadap komplot yang disyaki dibuat oleh seorang pembangkang ahli Parlimen, Akta Tahanan Cegahan membolehkan penangkapan dan penahanan sesiapa yang dituduh kerana menderhaka tanpa sebarang perbicaraan oleh mahkamah.
Apabila pekerja-pekerja kereta api mogok pada tahun 1961, Nkrumah mengarahkan bahawa para pemimpin mogok dan pembangkang politik ditangkap di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1958. Walaupun Nkrumah sendiri pernah mengurus mogok-mogok beberapa tahun dahulu, mogok tidak lagi mempunyai peranan dalam rancangannya untuk menghasilkan pembangunan perindustrian yang pesat. Beliau memberitahu kesatuan-kesatuan itu bahawa zaman mereka sebagai penyokong keselamatan dan upah
Akta Tahanan Cegahan mengakibatkan perasaan tidak puas hati yang meluas terhadap pentadbiran Nkrumah. Sesetengah orangnya mempergunakan undang-undang itu untuk menangkap orang-orang yang tidak bersalah supaya dapat memperoleh jawatan politik serta harta perniagaan mereka. Penasihat-penasihat yang rapat dengan Nkrumah enggan membincangkan keadaan yang sebenar di Ghana kerana takut dianggap sebagai terlalu kritis. Apabila klinik-klinik negara kehabisan ubat, tiada sesiapa yang memberitahunya. Sesetengah orang mempercayai bahawa Nkrumah tidak peduli lagi, penasihat-penasihatnya takut, dan pihak polis berasa geram tentang peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, ketakutan pembunuhan yang agak berjustifikasi juga bermakna bahawa Nkrumah semakin susah dihubungi. Pada tahun [[1964]], Ghana diisytiharkan sebagai sebuah negara satu parti, dengan Nkrumah sebagai [[Presiden Seumur Hidup]].
Nkrumah hendak Ghana memiliki sebuah angkatan tentera yang moden. Beliau memperoleh pesawat dan kapal perang serta memperkenalkan [[pengerahan]]. Nkrumah juga memberi bantuan ketenteraan kepada mereka yang bertempur dengan kerjaan minoriti orang putih di Rhodesia Selatan [[Zimbabwe]]). Pada Februari 1966, semasa Nkrumah membuat lawatan rasmi ke [[Beijing]], China, kerajaannya digulingkan oleh sebuah [[rampasan kuasa]].
== Buangan, kematian, dan penghargaan ==
[[
Nkrumah tidak pernah kembali ke [[Ghana]], tetapi beliau terus mengusahakan visinya terhadap
== Karya-karya oleh Kwame Nkrumah ==
* ''Ghana: The Autobiography of Kwame Nkrumah'' (1957) ISBN 0-901787-60-4
* ''Africa Must Unite'' (1963) ISBN 0-901787-13-2
* ''Revolutionary Path'' (1973) ISBN 0-901787-22-1
== Pautan luar ==
* [http://www.pbs.org/wgbh/commandingheights/shared/minitext/prof_kwamenkrumah.html Petikan daripada ''Commanding Heights'' oleh Daniel Yergin dan Joseph Stanislaw]
▲[[Kategori: Ahli politik Ghana]]
[[ak:Kwame Nkrumah]]
[[uk:Кваме Нкрума]]
[[ur:کوامے انکرومہ]]
[[fiu-vro:Nkrumahi Kwame]]
[[war:Kwame Nkrumah]]
[[yo:Kwame Nkrumah]]
|
suntingan