Friedrich Nietzsche: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Friedrich Wilhelm Nietzsche''' (15 Oktober 1844 - 25 Ogos 1900) (Jerman: [fʁi ː ː dʁɪç vɪlhεlm ni tʃə]) adalah ahli falsafah dan filolog Jerman abad ke-19. Dia menulis teks-teks yang kritikal tentang agama, moral, budaya kontemporari, falsafah dan sains, menggunakan [[Bahasa Jerman]] yangdengan unikgaya tersendiri dan gemar menggunakan metafora, ironi dan pepatah.
 
Pengaruh Nietzsche kekal ketara di dalam dan di luar bidang falsafah, terutamanya di dalam Eksistensialisme dan pasca modernisme. Gaya dan soalan radikalnya tentang nilai dan objektiviti kebenaran menghasilkan banyak ulasan dan tafsiran, terutamanya di tradisi kebenuaan dan falsafah analisis.
 
Idea pentingnya termasuk tafsiran tragedi sebagai penegasan kehidupan, perulangan abadi (yang banyak ditafsirkan semula), penolakan terhadap Platonisme dan penolakan terhadap agama [[Kristian]] dan [[egalitarianisme]] (terutamanya dalam bentuk [[demokrasi]] dan [[sosialisme]]).
 
Nietzsche memulakan kerjayanya sebagai ahli filolog klasik sebelum berpaling kepada falsafah. Pada usia 24 tahun dia dilantik menjadi Ketua Filologi Klasik di [[Universiti Basel]] (yang termuda memegang jawatan ini), namun mengundurkan diri pada tahun 1879 kerana masalah kesihatan, yang dideritai sepanjang kehidupannya. Pada tahun 1889 iadia menunjukkan gejala kegilaan, dan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjagaan ibu dan saudara perempuannya hingga kematiannya pada tahun 1900.
 
[[Category:Friedrich Nietzsche]]