Cinta Buatan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
| Next album = [[Langit dan Bumi]]<br>(1986)
}}
'''''Cinta Buatan Malaysia''''' ialah album studio pertama yang dirakam oleh kugiran [[Search]] sejak diasaskan pada tahun 1981. Album terbitan [[M. Nasir]] (dengan bantuan Eric Yeo sebagai pengurus penerbitan) ini dirakam di Lion Studio, [[Singapura]], di bawah bimbingan jururakam Johnny Herbert dan Eddie Seet sebelum keluar di pasaran pada tahun 1985.
 
Ketika ini, [[Amran Marsiman]] (Yan) dan [[Man Kidal]] dari kumpulan [[Lefthanded]] "dipinjam" ke dalam kumpulan Search semata-mata untuk merakam album sulung ini. Selain Yan (penyanyi, gitar bes) dan Man Kidal (gitar), kumpulan Search ketika ini dianggotai oleh [[Amy Search|Amy]] (penyanyi), [[Noordin Taib]] (gitar) dan Yazid (dram).
 
Tiga daripada sepuluh lagu dalam album ini adalah rakaman semula, iaitu "Sirih Gambir" (asalnya lagu "You Really Got Me" oleh [[the Kinks]]), "Nombor" (asalnya lagu "Tokyo" oleh Earth Shaker), dan "Jiwa-Jiwa Luka" (asalnya lagu "Rupa Tanpa Wajah" oleh M. Nasir); yang selebihnya merupakan karya asli.
 
==Senarai runut==