Sekolah Menengah Sains Seri Puteri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zulhelpme (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'en:Seri Puteri Science School {{Infobox Sekolah Malaysia |Nama Sekolah = '''Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (Seseri)''' |Logo Sekolah = [[File:Seseribar...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:05, 19 Januari 2010

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (Seseri)
Fail:Seseribaru.jpg
Lokasi
Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
Moto"Proaktif Inovatif Efektif"
Ditubuhkan1 April 2003


Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah dibuka pada 01 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.

Sekolah ini mengandungi 3 blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah, Kantin dan gelanggang permainan. Di kawasan asrama pula terdapat 3 blok asrama, blok surau serta Dewan Makan.

Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid. Begitu juga dengan nama rumah sukan.



Misi dan visi

Visi
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.


Misi
Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.


Senarai pentadbir (semasa)

Bil Nama Jawatan
1. Pn Jamilah bt Abd Rahman Pengetua
2. Pn Zubidah bt Md Yunos Penolong Kanan Akademik
3. Pn Norsham bt Noordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Cik Siti Aishah bt Othman Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn Nor'aini Ketua Bidang Kemanusiaan
6. En Hadip Ketua Bidang Teknik & Vokasional
7. Pn Norliza Ketua Bidang Sains
8. Cik Vasantha Ketua Bidang Bahasa


Rumah Sukan

Rumah Warna
Epidendrium Oren
Oncidium Kuning
Dendrobium Merah
Brassidium Hijau


Lagu Sekolah

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Kian cemerlang dan indah bestari
Cekal tabah berani mesra ICT
Hadapi cabaran globalisasi

Proaktif, Inovatif dan Efektif
Cogan kata panduan kami semua
Merealisasikan kecemerlangan
Mara bersatu ke era wawasan

Kamilah puteri harapan bangsa
Pewaris srikandi negara
Bersama cipta satu impian
Masa depan yang gemilang

Sentiasa berusaha sedia berbakti
Mencapai hasrat nan murni
Berakhlak mulia berjiwa perkasa
Majulah sekolah ku tercinta


Rujukan