Pendekar Bujang Lapok: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Izack1981 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Izack1981 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
==Ringkasan==
{{spoiler}}
Tiga pemuda "bujang lapok" yang terdiri daripada Ramli, Sudin dan Ajis sedang menunggu sampan di tengah-tengah pengembaraan mereka untuk menyeberang sungai. SyarikanSyarikat sampan tersebut dimiliki seorang kaya bernama Ahmad Nisfu, yang menggunakan samseng untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar. Samseng-samseng tersebut hanya membenarkan sesetegah orang sahaja untuk menaiki sampan lebih awal, manakala yang lain terpaksa menunggu lama. Seorang tua bernama Pendekar Mustar mahu menyeberang sungai dan diseret oleh samseng-samseng tersebut, tetapi dia berjaya menewaskan kesemua samseng yang rata-ratanya muda dan perkasa.
 
Ramli, Sudin dan Ajis terpesona dengan kehandalan Pendekar Mustar dan mengambil keputusan berguru dengannya. Mereka bersemuka dengan Pendekar Mustar sambil menyarakanmenyuarakan hasrat untuk belajar silat dengannya - yang digunakan oleh Pendekar Mustar untuk menumbangkan samseng-samseng tersebut. Pendekar Mustar menerima ketiga-tiga pemuda tersebut dan mula mengajar mereka silat, tetapi mendapat tahu mereka bertiga kesemuanya buta huruf. Maka dia menghantar pemuda-pemuda tersebut ke sekolah orang dewasa di mana anak perempuan Pendekar Mustar, Ros, mengajar mereka menulis dan membaca.
 
Lama kemudian, Ahmad Nisfu tiba di rumah Pendekar Mustar dengan gerombolan samsengnya. Dia mahu menuntut ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami anak buahnya, tetapi sebaik sahaja terlihat Ros, dia mengubah fikiran dan meminta Pendekar Mustar menyerahkan Ros kepadanya untuk dikahwini. Pendekar Mustar menolak, dan trio bujang lapok pula menghalau samseng-samseng tersebut.