Buaya katak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: ca:Cocodril marí
Baris 21:
 
== Permakanan ==
Buaya Katak merupakan [[pemangsa]] peluang berupaya menangkap haiwan sebesar [[kerbau]], samaada di [[air]] atau di darat. Anak buaya makan haiwan lebih kecil seperti [[serangga]], [[afimbia]], ''crustaceans'', [[reptilia]] kecil dan [[ikan]]. Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya, walaupun mangsa kecil masih merupakan sebahagian besar diet buaya dewasa. Buaya Katak mampu menangkap [[monyet]], [[babi liar]], [[dingo]], haiwan ternakan, [[kerbau]], [[ikan yu]] [http://photos1.blogger.com/blogger/7194/799/1600/Crocodile-shark.jpg] dan kadang-kala termasuk manusia. Kebiasaanya amat [[lesu]] – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan air atau bermandikan sinar suria sepanjang hari, biasanya cenderung untuk memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mam[u bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, mampu menjangkau sejauh 10 [[meter|m]] daripada diam lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya dari tebing sungai, dimana kedua kaki dan ekor digunakan bagi menghasilkan tujahan. Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan kedalam air di mana ia biasanya lemas (sungguhpun sekiranay terdapat lebih daripada seekor buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat perkasa, mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar sengan ekornya, menarik kerbau dewasa kedalam sungai, auat memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan meggunakan rahangnya. Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gelungan Maut," ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang kebiasaannya mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk juara yang seberat lebih 1 tan (2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya besar.Kes terbaru di PD.WAKAKA
 
== Saiz ==