Abdomen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Louperibot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sq:Abdomeni
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ga:Abdóman; perubahan kosmetik
Baris 1:
{{For|abdomen manusia|abdomen manusia}}
[[ImageFail:Abdomen-head-thorax-ms.svg|thumb|right|250px|Abdomen pada manusia dan semut]]
 
Bagi [[vertebrat]] seperti [[mamalia]], '''abdomen''' membentuk bahagian badan antara [[toraks]] (dada) dan [[pelvis]]. Bahagian yang diliputi oleh abdomen dikenali sebagai [[rongga abdomen]]. Dalam [[artropod]], ia merupakan bahagian badan yang paling jauh di mana terletak di belakang toraks atau [[sefalotoraks]].
 
== Vertebrat ==
Abdomen merupakan rongga yang besar di mana diliputi oleh otot abdomen, secara ventral dan sisi serta turus vertebra secara dorsal. Tulang rusuk bawah juga diliputi oleh dinding ventral dan sisi. Rongga abdomen berlanjutan dengan rongga pelvis. Ia dipisahkan daripada [[rongga toraks]] oleh [[diafragma]]. Struktur seperti [[aorta]], [[vena cava]] inferior dan [[esofagus]] bergerak melalui diafragma. Kedua-dua rongga abdomen dan pelvis dilapisi oleh membran serosa iaitu [[peritoneum parietal]]. Membran ini diteruskan dengan [[peritoneum visera]] melapisi organ.<ref>Peritoneum. The Veterinary Dictionary. Elsevier, 2007. http://www.answers.com/topic/peritoneum [Dicapai: 22 Oktober 2007)</ref> Abdomen dalam vertebrat mengandungi beberapa organ, sebagai contoh, kepunyaan [[saluran pencernaan]] dan [[sistem urinari]].<ref>Abdomen. (n.d.). Dictionary.com Unabridged (v 1.1). URL: http://dictionary.reference.com/browse/abdomen [Dicapai: 22 Oktober 2007]</ref><ref>Abdomen. Dictionary.com. The American Heritage Dictionary of the English Language, 4th Edition. URL: http://dictionary.reference.com/browse/abdomen [Dicapai: 22 Oktober 2007].</ref>
 
=== Organ abdomen ===
* Saluran pencernaan: [[Perut]], [[usus kecil]], [[usus besar]] dengan [[sekum]] dan [[apendiks]]
* Organ saluran pencernaan aksesori: [[Hati]], [[pundi hempedu]] dan [[pankreas]]
Baris 14:
Sesetengah mamalia mempunyai organ abdomen yang khas. Contohnya perut ruminan (suborder mamalia) yang dibahagi kepada empat ruang iaitu [[rumen]], [[retikulum]], [[omasum]] dan [[abomasum]].<ref>"Ruminant." The Veterinary Dictionary. Elsevier, 2007. http://www.answers.com/topic/ruminant [Dicapai: 22 Oktober 2007].</ref>
 
== Interverbrat ==
[[ImageFail:Scheme ant worker anatomy-ms.svg|thumb|right|300px|Dalam semut pekerja, abdomen terdiri daripada [[propodeum]] yang dicantumkan kepada [[toraks]] dan [[metasoma]], dirinya terbahagi kepada [[petiol (serangga)|petiol]] sempit dan bebuli [[gaster]].]]
Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut [[tergit]] dan plat atas cembung yang dikenali sebagai [[sternit]], keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh diregang.
 
Baris 24:
Berbeza dengan artropod, serangga tidak mempunyai kaki pada abdomen dalam bentuk dewasa, namun Protura memilikinya dengan apendaj bak kaki pada tiga segmen abdomen pertama manakala [[Archaeognatha]] pula mempunyai "jarum" kecil dan beratikulat di mana merujuk kepada apendaj rudimen. Kebanyakan larva serangga termasuk [[Lepidoptera]] and [[Symphyta]] (lalat gergaji) memiliki apendaj berisi dipanggil [[prokaki]] pada segmen abdomennya di mana membenarkan mereka untuk mencengkam tepi daun ketika bergerak keliling.
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Lihat juga ==
* [[Abdomen manusia]]
* [[Opistosoma]]
* [[Metasoma]]
* [[Trauma abdomen]]
 
[[Kategori:Abdomen]]
Baris 52:
[[eu:Abdomen]]
[[fr:Abdomen]]
[[ga:Abdóman]]
[[gl:Abdome]]
[[ko:배 (해부학)]]