Status pemuliharaan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: eu:Iraute egoera
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: mk:Заштитен статус; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Status pemuliharaan''' ialah penanda kebarangkalian sesuatu takson (spesies atau subspesies) untuk kekal wujud pada zaman sekarang atau zaman akan datang yang terdekat. Banyak sekali faktor yang diambil kira ketika menilai status pemuliharaan sesuatu spesies: bukan sekadar bilangan yang masih wujud, bahkan juga naik turun bilangan keseluruhan sepanjang masa, kadar kejayaan pembiakan, ancaman yang dikenal pasti dsb.
 
== Sistem global ==
[[Senarai Merah IUCN|Senarai Merah Spesies Terancam IUCN]] ialah sistem penyenaraian dan pemeringkatan status pemuliharaan yang paling terkenal di dunia. Sistem ini membahagikan spesies-spesies yang terancam kepada tiga kategori, iaitu [[Spesies terancam genting|Critically Endangered]] (CR, terancam genting), [[Spesies terancam|Endangered]] (EN, terancam), dan [[Spesies rentan|Vulnerable]] (VU, rentan). Juga tersenarai ialah catatan kepupusan yang berlaku sejak 1500 AD dan takson-takson yang sudah pupus di alam luar. Takson-takson yang kurang teranam juga dibahagi kepada kategori.
 
[[Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam]] (CITES) bertujuan memastikan bahawa perdagangan spesimen hidupan luar di peringkat antarabangsa tidak mengancam kemandirian spesies-spesies terbabit.
 
== Panduan pengguna ==
Panduan pengguna untuk [[makanan laut]], seperti [[Seafood Watch]], secara amnya membahagikan ikan dan hidupan laut yang lain kepada tiga kategori, seiras dengan kategori status pemuliharaan:
* Merah (tolak atau elakkan)
* Kuning/Jingga (fikir panjang, alternatif bagus atau sedikit kebimbangan)
* Hijau (pilihan makanan laut paling bijak)
 
Kategori-kategori tersebut bukan sekadar mencerminkan ancaman yang dialami hidupan-hidupan berkenaan, malah mengambil kira kesan kaedah dan tempat pemerolehan hasil laut kepada alam sekitar, seperti melalui [[tangkapan sampingan]] atau [[pukat tunda]]. Selalunya setiap hasil laut dinilai mengikut kelompok spesies, bukan spesies individu (e.g. [[ikan tuna]] atau [[sotong]]).
 
== Pautan luar ==
* [http://www.iucnredlist.org/ Search the IUCN Red List]
 
[[Kategori:Pemuliharaan]]
Baris 41:
[[it:Stato di conservazione (biologia)]]
[[he:מצב שימור]]
[[mk:КонзервацискиЗаштитен статус]]
[[ml:പരിപാലനസ്ഥിതി]]
[[mr:प्रजातींची उपलब्धता]]