Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 34:
Pada 3 November 2008, Pengerusi PAC, Datuk [[Azmi Khalid]] mengumumkan [[Isu pembelian Eurocopter|pembelian helikopter Eurocopter]] yang telah digantung, sebenarnya tidak berlaku sebarang penyelewengan. Memang berlaku pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh Kementerian Pertahanan itu.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/92385 Eurocopter: Tiada penyelewengan, kata PAC], Malaysiakini</ref>
 
===Kehilangan Enjin Jet TUDM ===
Pada 26 Januari 2010, PAC memutuskan bahawa kes kecurian enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 tiada kaitan dengan pegawai kanan TUDM. Memang ada kelemahan dalaman TUDM tetapi bukan penyelewengan pegawai atasan. Pemecatan seorang Brigedier Jeneral pada 2009 tidak ada kena-mengena dengan kes kecurian enjin jet . Dua enjin jet itu didapati hilang semasa dalam simpanan Bangunan Material Processing Shed (MATRA 1), Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi. Harga enjin hanya RM300,000 setiap satu dan bukannya RM50 juta . MATRA 1 menyimpan lebih 400 ribu alat ganti dan peralatan milik TUDM.Tidak ada peralatan lain yang hilang. Sistem inventori berkomputer akan digunakan bagi mencegah kehilangan pada masa depan.
 
Sidang media diberikan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri [[Azmi Khalid]]. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=471280 Kehilangan Enjin Jet TUDM Tiada Kaitan Pegawai Atasan - PAC]</ref>
== Lihat juga ==
* [[Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2004]]