Kotiledon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
: ''Untuk genus [[Crassulaceae]], sila lihat [[Kotiledon (Crassulaceae)|Kotiledon]]''.
'''Kotiledon''' merujuk kepada daun [[biji benih]] yang mengandungi makanan, dalam bentuk [[kanji]]. Makanan di dalam kotiledon digunakan semasa percambahan biji benih.
 
[[Imej:Seedling_cotyledons_small.jpg|thumb|right|300px|Kecambah ini bercambah dan menghasilkan dua kotiledon, diikuti oleh dua helai daun yang merupakan salinan kecil daun-daun dewasa.]]
Kotiledon digunakan sebagai pegelasan [[tumbuhan]] dan biasanya sesuatu biji benih mempunyai samaada satu kotiledon yang dikenali sebagai [[monokotiledon]] ataupun dua kotiledon yang dikenali sebagai [[dikotiledon]].
[[Imej:Cotyledon-Cercis_siliquastrum.jpg|thumb|right|300px|Pembentukan kotiledon sebelum pengumpulan simpanan makanan untuk pokok Judas (''Cercis siliquastrum'')]]
 
 
'''Kotiledon''' ([[bahasa Greek]]: ''κοτυληδών'') merupakan sebahagian [[embrio]] yang penting dalam [[biji benih]] [[tumbuhan]]. Ketika [[percambahan]], kotiledon-kotiledon biasa menjadi daun-daun pertama untuk kecambah. Bilangan kotiledon merupakan satu ciri yang dipergunakan oleh [[ahli botani]] untuk mengelaskan [[tumbuhan berbunga]] (angiosperma). Spesies yang mempunyai satu kotiledon digelarkan ''[[monokotiledon]]'' (atau "monokot") dan dimasukkan dalam [[kelas (biologi)|kelas]] Liliopsida, sedangkan tumbuhan yang mempunyai dua helai daun embrio diistilahkan sebagai '''[[dikotiledon]]''' (dikot) dan dimasukkan dalam kelas [[Magnoliopsida]].
 
Kotiledon [[Poaceae|rumput-rumput]] dan banyak monokotiledon yang lain telah amat diubah suai dan terdiri daripada ''skutelum'' dan ''[[koleoptil]]''. Skutelum ialah tisu dalam biji benih yang mengkhusus dalam penerapan makanan yang disimpan dalam [[endosperma]] bersebelahan, sedangkan koleoptil merupakan pelindung yang melitupi ''plumul'' (pendahulu untuk tangkai dan daun-daun tumbuhan).
 
Kecambah-kecambah [[gimnosperma]] juga mempunyai kotiledon, dan biasanya amat banyak ('''''multikotiledon''''') tetapi tidak tetap. Umpamanya, kecambah [[pinus]] mempunyai dari 5 hingga lebih kurang 20 kotiledon sempit yang membentukkan satu pusaran di atas [[hipokotil]] (tangkai embrio) yang mengelilingi plumul.
Kotiledon-kotiledon tidak wujud lama, kekadang selama beberapa hari sahaja sejak kemunculannya, tetapi ada juga yang dapat bertahan selama setahun atau lebih. Kotiledon mengandungi (atau dalam kes gimnosperma dan monokotiledon, dapat memperoleh) simpanan makanan untuk biji benih. Ketika simpanan ini habis, kotiledon akan menjadi hijau dan memulakan [[fotosintesis]], atau akan layu sewaktu daun-daun benar yang pertama mengambil alih untuk menghasilkan makanan untuk kecambah.
 
 
[[Kategori: Botani]]
 
[[da:Kimblad]]
[[de:Kotyledon]]
[[en:Cotyledon]]
[[eo:Kotiledono]]
[[fr:Cotylédon]]
[[hr:Cotyledon]]
[[it:Cotiledone]]
[[nl:Zaadlob]]
[[pl:Liścień]]
[[sv:Hjärtblad]]
[[zh:子叶]]