Kumpulan Filogeni Angiosperma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kumpulan Filogeni Angiosperma''' ialah sebuah kumpulan [[ahli botani]] sistematik antarabangsa yang berkumpul untuk mengasaskan sebuah pandangan sepersetujuan untuk [[taksonomi]] tumbuhan-[[tumbuhan berbunga]]. Perkembangan ini dicetuskan oleh kebangkitan [[sistematik molekul]] ([[bahasa Inggeris]]: ''molecular systematics'') yang hebat.
 
Tumbuhan-tumbuhan berbunga (juga dikenali sebagai [[angiosperma]], Angiospermae, Anthophyta, [Magnoliophyta]]), merupakan salah satu daripada kumpulan [[organisma]] yang pengelasannya amat terjejas oleh data molekul yang baru ditemui. [[Sistem Cronquist]], sebuah skim pengelasan yang terpengaruh yang diterbitkan oleh [[ahli botani]] [[Amerika Syarikat]], [[Arthur Cronquist]], pada tahun [[1981]], semakin dicabar pada sepanjang [[1990-an]]. Data molekul yang telah ditemui melalui kaedah [[kladistik]] ([[bahasa Inggeris]]: ''cladistics'') sejak kira-kira 1990, telah menjelaskan pandangan [[ahli botani]] terhadap sebilangan perhubungan dan mengubahkan yang lain secara hebat. Ini telah memungkinkan pendekatan yang lebih dekat dengan matlumat [[filogenetik]] yang berhasrat untuk membuat suatu pengelasan yang membayangkan keturunan.
 
Penambahan pengetahuan yang pesat menyebabkan banyak cadangan untuk menukarkan pengelasan, dan ini menimbulkan masalah untuk semua pengguna pengelasan (termasuk ahli ensiklopedia). Dengan menghimpunkan penyelidik-penyelidik daripada institusi-institusi utama di seluruh dunia untuk menerbitkan sebuah sistem pengelasan bersama-sama, Kumpulan Filogeni Angiosperma cuba membekalkan satu pusat rujukan yang stabil, dan menerbitkan [[sistem-APG]] pada tahun [[1988]]. Sistem ini menumpukan kepada pengolahan aras yang lebih tinggi, dan oleh sebab pengetahuan pada peringkat ini masih amat terhad, suatu pengelasan yang muktamad masih tidak dapat dimungkinkan untuk semua kes.