Perbezaan antara semakan "Ron Weasley"

74 bait ditambah ,  10 tahun lalu
k
bot menambah: tt:Рональд Уизли; perubahan kosmetik
k (bot mengubah: vi:Ron Weasley)
k (bot menambah: tt:Рональд Уизли; perubahan kosmetik)
{{HP character|
imej= [[ImejFail:ron.jpg|250px|Ron Weasley]]<br /><small>'''Ronald Weasley''', dilakonkan oleh [[Rupert Grint]] |
bgcolor=Brown|
fgcolor=Gold|
 
 
== Latar Belakang ==
Ron adalah anak kepada pasangan [[Arthur Weasley]] dan [[Molly Prewett Weasley|Molly Weasley]], yang merupakan keturunan keluarga ahli sihir tulen. Ron adalah anak keenam daripada tujuh adik beradik. Ron dibesarkan di [[Burrow]], berhampiran perkampungan [[Ottery St. Catchpole]] di [[Devon]]. Ron memiliki 5 orang abang, Bill, Charlie, Percy, Fred dan George, serta seorang adik perempuan, Ginny.
 
Pada awalnya, bapa Ron bekerja sebagai ketua [[Jabatan Penyalahgunaan Artifak Muggle]], sebuah bahagian kecil di [[Kementerian Sihir]]. Ron sering diejek (oleh Malfoy dan konco-konconya) tentang kemiskinan keluarganya dan ini seringkali membuatnya kesal dan kecewa. Walaupun tidak memiliki banyak wang, Artur dan Molly membesarkan anak-anaknya dengan kasih sayang dan adab yang baik. Biarpun abang-abangnya – terutama si kembar – sering membuli Ron, mereka juga sangat prihatin terhadapnya (termasuk Percy). Sebenarnya, Ron beruntung dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang memiliki ikatan kekeluargaan yang erat, namun dia sering tidak menyedarinya. Berbezalah dengan Harry yang kaya (di dunia sihir), namun hidup dengan ibu dan bapa saudaranya tidak menyayanginya. Harry sendiri mengaku bahwa Burrow adalah tempat kedua yang paling disenanginya (setelah [[Hogwarts]]) dan dia selalu gembira untuk kembali ke rumah keluarga Weasley yang ceria.
 
== Keperibadian dan kemahiran ==
{{spoiler}}
Ciri-ciri fizikal Ron adalah berambut merah (seperti anak-anak Weasley yang lain) dan bermata biru. Beliau kurus, berbintik-bintik di wajahnya, berhidung panjang dan memiliki tangan dan kaki yang berukuran besar.
Ron adalanya sering memberi komen yang sinis, walaupun lucu. Dia seringkali bingung menghadapi sesuatu, terutama yang berkaitan dengan perempuan. Sejak buku ketiga, Ron mula menampakkan tanda-tanda yang dia menyukai Hermione, walaupun mereka sering bertengkar. Dalam buku keenam, sudah jelas kelihatan minatnya pada Hermione, dan demikian pula sebaliknya. Hal ini juga disaksikan oleh Harry (walaupun Harry juga cemas apabila risau hubungan mereka tidak berhasil dan dia terlibat antara keduanya).
 
== Peranan Ron dalam siri Harry Potter ==
=== [[Harry Potter dengan Batu Hikmat]] ===
Ron masuk ke Hogwarts ketika berumur 11 tahun. Dia bertemu dengan Harry buat pertama kali ketika Harry mengalami kesukaran mencari platform 9 ¾ di Stesen King’s Cross. Mereka berada di geraak yang sama dalam Ekspres Hogwarts dan saling bertukar cerita. Dalam [[Ekspres Hogwarts]] pulal, buat pertama kalinya mereka bertemu dengan Hermione.
 
Dalam Jamuan Perpisahan, Dumbledore menghadiahi Ron 50 mata "…untuk permainan catur paling hebat yang belum pernah dilihat Hogwarts dalam tahun-tahun kebelakangan ini."
 
=== [[Harry Potter dan Bilik Rahsia]] ===
 
Ketika cuti musim panas, Ron menulis surat untuk Harry beberapa kali, tetapi tidak pernah dibalas (kerana Hedwig, burung hantu Harry, dikurung oleh keluarga Dursley). Lagipun, suratnya telah diambi oleh [[Dobby]]. Ron cemas dan meyakinkan Fred dan George untuk menerbangkan [[Ford Anglia]] milik bapa mereka yang telah diubahsuai untuk menyelamatkan Harry. Mereka berjaya namun setibanya mereka di Burrow, Ron, Fred dan George dimarahi ibu mereka.
Ketika Ron mengetahui bahawa adiknya Ginny telah dibawa ke Bilik Rahasia dan berkemungkinan akan dibunuh dan ditinggalkan di sana, dia dan Harry berusaha menyelamatkannya. Mereka menemui pintu masuk ke Bilik Rahsia dalam tandas yang dihantui oleh [[Myrtle Mengerang]]. Mereka memasuki Bilik Rahasia bersama [[Gilderoy Lockhart]]. Lockhart berusaha untuk mengenakan [[Mantera Pelupa]] dengan tongkat Ron, namun sekali lagi jampi itu mengena dirinya sendiri menyebabkan dia hilang ingatan dan kemudiannya dirawat di St.Mungo. Ron terperangkap dan terpaksa menunggu Harry dan berusaha untuk mengalihkan batu-batu yang runtuh agar Harry boleh kembali.
 
=== [[Harry Potter dengan Banduan Azkaban]] ===
 
Ketika cuti, Ron menelefon [[Privet Drive]]. Malangnya, panggilan Ron (yang belum pernah menggunakan telefon) diterima oleh Vernon Dursley. Ron menjerit di telefon yang menimbulkan kemarahan Vernon Dursley. Sejak itu, Ron tidak pernah menelefon Harry lagi.
Harry, Ron dan Hermione yang hendak menyaksikan pemancungan [[Buckbeak]] terganggu disebabkan Scabbers tiba-tiba menghilang dan Ron mengejarnya hingga ke Dedalu Perkasa. Seekor anjing besar muncul dan menyeret Ron menuju ke dalam lorong yang terdapat di bawah Dedalu Perkasa yang bersambungan ke [[Gubuk Menjerit]]. Harry dan Hermione mengikutnya. Ternyata anjing tersebut adalah Animagus [[Sirius Black]] yang menghilang dari Penjara [[Azkaban]]. Profesor Lupin, yang mengikut mereka ke [[Gubuk Menjerit]], bersama dengan Sirius, menjampi Scabbers, yang sebenarnya adalah Animagus [[Peter Pettigrew]], sahabat mereka dahulu, yang kemudian menjadi hamba [[Lord Voldemort]] yang memberi maklumat tentang kedudukan Keluarga Potter dan mengakibatkan kematian ibu bapa Harry. Ketika Lupin berubah menjadi [[serigala jadian]], Pettigrew berjaya melepaskan diri. Ron yang tercedera harus dirawat di sayap hospital sementara Harry dan Hermione menggunakan [[Pemutar Masa]] untuk menyelamatkan Sirius dan Buckbeak. Sirius memberi Ron seekor burung hantu, kerana merasakan dirinya penyebab Ron kehilangan binatang peliharaan. Ginny menamakan burung hantu Ron [[Pigwidgeon]] walaupun tidak disukai Ron yang kemudiannya Ron sendiri memanggil burung hantu itu dengan panggilan "Pig".
 
=== [[Harry Potter dalam Piala Api]] ===
 
Ron bersama bapanya, Fred dan George menjemput Harry ke Privet Drive dengan menggunakan Serbuk Floo. Tetapi,. tempat perapian keluarga Dursley adalah perapian elektrik sehingga mereka terperangkap dan perapian itu terpaksa diletupkan. Setelah peristiwa yang huru-hara ini, mereka kembali bersama Harry ke Burrow untuk menghabiskan sisa cuti musim panasnya di sana.
Dalam tugas kedua, Ron menjadi orang yang harus diselamatkan Harry di dasar tasik.
 
=== [[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]] ===
 
Ron terpilih sebagai Pengawas bersama Hermione. Hal ini mengejutkan dirinya, keluarganya, dan beberapa orang lain. Mereka menyangka Harry yang akan menjadi Pengawas. Sekembalinya mereka di Hogwarts, Ron menunjukkan kesetiaan kepada sahabatnya ketika Harry dituduh sebagai pembohong kerana mengatakan Voldemort telah kembali.
Pada penghunjung buku kelima, Ron turut bertarung melawan [[Death Eater]] bersama Harry, Hermione, Ginny, Luna dan Neville di Kementerian Sihir. Ron tercedera kerana cengkaman Otak di sana, namun segera sembuh kemudiannya.
 
=== [[Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan]] ===
 
Ron menerima keputusan [[P.S.B]]nya dan mendapat 7 PSB sama dengan Harry yang hanya tidak lulus Sejarah Sihir dan Peramalan (“Tapi, siapa peduli!”). Persahabatan Harry dan Ron semakin erat. Mereka telah sampai ke tahap saling memahami yang semakin menunjukkan kedewasaan mereka.
Sepanjang pengebumian Dumbledore, Ron yang menenangkan Hermione. Setelah itu, dikhabarkan bahawa berkemungkinan sekolah akan ditutup dan Ron, bersama dengan Hermione, berjanji untuk selalu bersama Harry membantunya mencari dan menghancurkan Horcrux yang masih tinggal serta membunuh Voldemort, walaupun mereka harus meninggalkan sekolah.
 
== Barang Milikan ==
* Penyapu Shooting Star, penyapu tua dan murah yang lambat (sebenarnya tidak selalu lambat, tetapi disebabkan penyapu tersebut sudah tua, kelajuannya berkurangan).
 
* Cleansweep Eleven, yang diberikan sebagai hadiah kerana Ron terpilih sebagai Pengawas. Penyapu ini adalah model terbaru daripada set Cleansweep dan penampilannya dalam pertandingan Quidditch tidak mengecewakan.
 
* [[Pigwidgeon]], burung hantu Ron yang degil, diberikan oleh [[Sirius Black]] sebagai ganti [[Scabbers]].
 
* Satu set Catur Sihir yang merupakan warisan dari abangnya. Ron sangat mahir bermain catur sehingga set ini jatuh ke tangannya.
 
* Penghargaan Istimewa untuk Penghormatan kepada Sekolah (yang juga diterima Harry) kerana menemui Bilik Rahsia.
 
* Patung mini [[Viktor Krum]], Seeker Bulgaria yang amat terkenal. Ron (antara dengan sengaja atau tidak sengaja) mematahkan tangan patung tersebut kerana cemburu ketika Hermione keluar dengan Viktor Krum.
 
* Sebuah tongkat sihir yang dulunya milik [[Charlie Weasley]], mengandungi sehelai bulu unicorn. Ron melekatkan tongkat ini dengan Spellotape setelah hampir putus akibat Ford Anglia yang dipandunya melanggar Dedalu Perkasa. Namun setelah itu, tongkatnya tidak pernah berfungsi sperti biasa. Tongkat ini yang menyebabkan [[Gilderoy Lockhart]] hilang ingatan (namun Ron tidak menyesal kerana Lockhart hendak menyerangnya dan Harry).
 
* Sebuah tongkat sihir baru – 14 inci, dedalu (sama seperti tongkat Harry) dan mengandungi rambut unicorn.
 
== Ron dalam filem ==
 
Sehingga kini, [[Rupert Grint]] melakonkan watak Ron dalam kelima-lima filem Harry Potter. Dikhabarkan juga bahawa Rupert Grint telah menandatangani perjanjian untuk memegang watak yang sama sehingga siri filem tersebut tamat iaitu untuk filem keeenam dan ketujuh. Biarpun Ron digambarkan sebagai watak yang kelakar dalam buku, dalam filem perwatakan Ron lebih lucu. Dalam novel, lawak Ron cenderung muncul dalam komen yang menjengkelkan, manakala dalam filem, kelucuannya amat terserlah dari mimik muka dan perangainya.
Dalam filem [[Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (filem)|Harry Potter and the Prisoner of Azkaban]], watak Ron mula berkembang. Minatnya pada Hermione mula ditunjukkan. Dalam filem [[Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)|Harry Potter and the Goblet of Fire]], watak Ron lebih besar berbanding Hermione, kerana tidak mungkin mengubah jalan cerita bahawa Ron yang harus diselamatkan Harry dalam Tugasan Kedua.
 
== Trivia ==
* Patronus Ron berbentuk anjing ''terrier'' Jack Russel. [[J.K. Rowling]] mengatakan yang ia adalah pilihan sentimental kerana dia mempunyai seekor Jack Russel.
 
* Ron adalah [[arachnofobia]] (takut terhadap labah-labah), kerana pada waktu kecil Fred mengubah patung beruangnya menjadi labah-labah raksasa.
 
* Dalam buku [[Harry Potter and the Half-Blood Prince]], Professor Slughorn salah memanggil Ron "Rupert". Hal ini kemungkinan disengajakan oleh Rowling sebagai lawak untuk [[Rupert Grint]].
 
* Dalam tahap awal pembuatan buku Harry Potter, Ron menjadi satu-satunya diantara trio utama yang nama belakangnya tidak pernah diubah oleh Rowling sehinggalah buku itu diterbitkan. beliau menegaskan bahawa Ron adalah "Weasley dari awal sampai akhir".
 
* Pasukan Quidditch kegemaran Ron adalah [[Chudley Cannons]], walaupun mereka tidak pernah memenangi kejuaraan sejak tahun 1982. Ini menjelaskan mengapa biliknya dicat oren terang, kerana oren adalah warna pasukan tersebut.
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai Watak siri Harry Potter]]
{{Watak Harry Potter}}
 
[[Category:Harry Potter]]
[[CategoryKategori:Watak Harry Potter]]
[[CategoryKategori:Watak Harry Potter]]
[[CategoryKategori:Tentera Dumbledore]]
 
[[ar:رون ويزلي]]
[[fi:Ron Weasley]]
[[sv:Ron Weasley]]
[[tt:Рональд Уизли]]
[[th:รอน วีสลีย์]]
[[vi:Ron Weasley]]
76,048

suntingan