Ibrahim Ismail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mueiemax (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Jeneral Tun Ibrahim Ismail''' ialah Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang ketiga. Perlantikan beliau unik kerana beliau a...'
 
Mueiemax (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
==Pegawai Memerintah==
 
Tun Ibrahim ialah salah seorang dari tiga anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Memerintah batalion. Pada April 1958 [[Leftenan Kolonel]] (ketika itu) [[Abdul Hamid Bidin]] dilantik memerintah Batalion Pertama, Lt Kol. [[Tunku Osman Tunku MohamedMohammad Jewa]] memerintah Batalion Kedua, manakala beliau memimpin Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada Februari 1962, beliau dinaikkan ke pangkat [[Brigedier Jeneral|Brigedier]] dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran Tentera Darat. Pada tahun berikutnya beliau menjadi Pegawai Memerintah (kini Panglima, berikutan perubahan Brigedier kepada Brigedier Jeneral) Briged Kelima Infantri yang beroperasi di Sabah ketika [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia]]. Pada awal tahun 1965 pula beliau mengetuai Briged Pertama. Tidak sampai beberapa bulan selepas itu beliau mengambil alih pula pemerintahan Briged Keempat di Singapura. Pada Julai 1966, beliau dilantik menjadi Panglima Divisyen Infantri Pertama (Div) dan dinaikkan pangkat [[Mejar Jeneral]]. Ini ialah divisyen pertama yang ditubuhkan dan beliaulah panglima pertamanya. Dua tahun kemudian, Tun Ibrahim dinaikkan pangkat sekali lagi kepada [[Leftenan Jeneral]].