Banjaran Gunung Andes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TobeBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: zh-yue:安第斯山脈
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: os:Андтæ; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:Andes Chile Argentina.jpg|thumb|300px|Banjaran Andes di antara Chile dan Argentina.]]
 
'''Banjaran Andes''' membentuk jajaran [[banjaran gunung|pergunungan]] terbuka yang terpanjang di dunia.<ref>Jajaran pergunungan terpanjang di dunia ialah [[Permatang Samudera]], yang mempunyai panjang sekitar 80,000 km.</ref> Pergunungan ini terbentang sebagai satu rangkaian tanah tinggi yang berterusan sepanjang pantai barat [[Amerika Selatan]]. Ia berukuran melebihi 7,000 km panjang, 500 km lebar di beberapa tempat (paling lebar di latitud 18º hingga ke 20º S) dan purata 4,000 m tinggi.
 
Banjaran ini terdiri daripada dua rangkaian pergunungan utama iaitu kordilera timur dan barat. Kedua-duanya dipisahkan oleh satu [[lekukan]] pertengahan yang dalam yang membentuk beberapa rangkaian kecil lain. Salah satu daripadanya ialah [[Gunung|kordilera]] pinggir laut [[Chile]]. Kordilera ini bermula dari peghujung benua Amerika Selatan dan melunjur ke arah utara sejajar dengan pinggir laut. Rangkaian pergunungan ini ''dipecahkan'' menjadi pulau-pulau kecil di permulaannya. Selepas itu, ia membentuk sempadan bahagian barat lembah besar Chile. Ke utara, jajaran pinggir laut ini bersambung membentuk beberapa permatang kecil atau bukit-bukau yang terpencil sepanjang [[Lautan Pasifik]] sehingga sejauh [[Venezuela]]. Pergunungan ini melalui sejumlah tujuh buah negara iaitu [[Argentina]], [[Bolivia]], [[Chile]], [[Colombia]], [[Ecuador]], [[Peru]] dan [[Venezuela]]. Sebahagian daripada negara-negara ini turut digelar sebagai negara-negara Andes.
 
Banjaran ini diukur sebagai rangkaian pergunungan tertinggi di luar benua [[Asia]]. Puncak paling tinggi, iaitu [[Aconcagua]] berdiri setinggi 6,962 m di atas paras laut. Sementara itu, puncak [[Gunung Chimborazo]] di Ecuador pula ialah kedudukan di muka bumi yang paling jauh dari pusatnya yang terbentuk akibat [[bonjol khatulistiwa]].
Baris 13:
Banjaran Andes boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Andes Selatan di Argentina dan Chile, Andes Tengah meliputi kordilera di Chile, Peru serta sebahagian daripada Bolivia dan Andes Utara di Venezuela, Colombia dan utara Ecuador termasuk Kordilera Timur dan Kordilera Barat. Di Colombia, banjaran ini berpecah kepada tiga rangkaian selari iaitu di bahagian barat, tengah dan timur. Sistem di bahagian timur merupakan satu-satunya yang melunjur ke Venezuela. Kelebarannya diukur sekitar 200-300 km sepanjang banjaran ini, kecuali [[fleksur]] Bolivia yang mencatatkan ukuran sepanjang 640 km. Pulau-pulau seperti [[Aruba]], [[Bonaire]] dan [[Curaçao]] yang terletak di Laut [[Caribbean]] di pinggir laut Venezuela, merupakan puncak-puncak pergunungan Andes yang ditenggelami air.
 
=== Geologi ===
Banjaran Andes secara asasnya terhasil oleh proses [[plat tektonik]], yang dibentuk oleh pembenaman [[plat Nazca]] di bawah [[plat Amerika Selatan]]. Sempadan dua plat ini menghasilkan jurang Peru-Chile.
 
Baris 20:
Banjaran ini memiliki banyak gunung berapi termasuk [[Cotopaxi]], salah satu daripada gunung berapi aktif tertinggi di dunia.
 
=== Iklim ===
Iklim di Banjaran Andes adalah berbeza-beza bergantung kepada kedudukan, ketinggian dan jarak dengan laut. Bahagian selatan adalah sejuk dan kerap hujan manakala bahagian tengah agak kering. Utara Andes juga kerap hujan tetapi panas dengan purata suhu mencecah 18 º&nbsp;°C di Colombia misalnya. Cuaca pula sering berubah dengan mendadak. [[Hutan hujan]] boleh didapati tidak berapa jauh daripada puncak gunung Cotopaxi yang dilitupi salji. Gunung-ganang turut mempunyai kesan terhadap suhu di kawasan persekitarannya.
 
== Puncak gunung ==
[[ImejFail:Aconcagua - Argentina - January 2005 - by Sergio Schmiegelow.jpg|thumb|200px|[[Aconcagua]], puncak tertinggi banjaran Andes yang terletak di [[Argentina]].]]
[[ImejFail:Andenkette.jpg|thumb|200px|Bahagian Selatan banjaran Andes dekat kota [[Santiago, Chile|Santiago]], ibukota [[Chile]].]]
[[ImejFail:Lanin1997.jpg|thumb|200px|Gunung Berapi [[Lanín]] di [[Argentina]].]]
[[ImejFail:Manizales view.jpg|thumb|200px|Gunung Berapi [[Nevado del Ruiz]] di [[Colombia]].]]
 
Puncak tertinggi banjaran Andes ialah [[Aconcagua]]. Puncak ini memiliki ketinggian 6,962 m. Ia terletak di [[Argentina]], berdekatan sempadannya dengan [[Chile]].
 
=== Puncak penting yang lain ===
* [[Nevado Huascarán]], 6,768 m (Peru)
* [[Alpamayo]], 5,947 m (Peru)
* [[Yerupaja|Nevado Yerupajá]], 6,634 m (Peru)
* [[Sajama]], 6,542 m (Bolivia)
* [[Illimani|Nevado Illimani]], 6,483 m (Bolivia)
* [[Cerro Torre]], 3,133 m (Argentinia)
 
=== Gunung berapi ===
Banjaran ini dan beberapa kordilera di [[Amerika Tengah]] yang tergolong di dalam sistem pergunungan Pasifik turut menyaksikan aktiviti-aktiviti [[gunung berapi]] dan seismos. Puncak-puncak gunung berapi tertinggi di dunia juga terletak di banjaran ini, seperti [[Monte Pissis]], [[Argentina]] dengan ketinggian 6,795 m dan [[Ojos del Salado]], Argenitna-[[Chile]] dengan ketinggian 6,864 m. Ciri-ciri unik kawasan gunung berapi seperti [[fumarol]], [[solfatara]] dan [[geiser]] boleh ditemui dengan kerap di sini.
 
==== Gunung berapi aktif ====
* [[Cotopaxi]], 5,897 m (Ecuador)
* [[Tungurahua]], 5,010 m (Ecuador)
* [[Pichincha]], 4,784 m (Ecuador)
* [[Villarrica]], 2,840 m (Chile)
 
==== Lain-lain ====
* [[Ojos del Salado]], 6,893 m (Argentina/Chile)
* [[Llullaillaco]], 6,723 m (Argentina/Chile)
* [[Cerro Bonete]], 6,759 m (Argentina)
* [[Tres Cruces]], 6,749 m (Argentina/Chile)
* [[Walther Penck]] - dahulu dikenali sebagai ''Cazadero'', 6,659 m (Argentina)
* [[Incahuasi]], 6,638 m (Argentina/Chile)
* [[Tupungato]], 6,800 m, 6,570 m, 6,500 m (Argentina/Chile)
* [[Nevado Coropuna]], 6,426 m (Peru)
* [[Ubinas]], 5,675 m (Peru)
* [[Chimborazo]], 6,310 m (Ecuador)
* [[Osorno (Vulkan)|Osorno]], 2,652 m (Chile)
* [[Sierra Nevada de Lagunas Bravas]], 6,127 m (Chile/Argentina)
* [[Lanín]], 3,747 m (Argentina)
* [[Uturunco]], 6,010 m (Boliva)
* [[Licancabur]], 5,916 m (Boliva/Chile)
* [[Misti]], 5,822 m (Peru)
 
== Nota ==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Amerika Selatan]]
Baris 110:
[[hr:Ande]]
[[ia:Andes]]
[[os:Андтæ]]
[[is:Andesfjöll]]
[[it:Ande]]