Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tambah butiran peribadi dan karier
Baris 35:
}}
 
'''Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin''' merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia. Beliau dilantik menganggotai Kabinet Malaysia oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] ke-6, Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] pada 9 April 2009 di [[Putrajaya]] dalam satu upacara Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan [[Yang di-Pertuan Agong]], [[Sultan Mizan Zainal Abidin|Tuanku Mizan Zainal Abidin]] di [[Istana Negara]] pada 10 April 2009.
 
== Latarbelakang peribadi ==
 
Raja Nong Chik dilahirkan di [[Perak]] Darul Ridzuan pada 14 Februari 1953. Beliau belajar di peringkat rendah di [[Methodist Boys’ School]] sebelum meneruskan pengajian di [[Victoria Institution]]. Selepas VI, beliau menyambung pelajarannya di [[Maktab Tentera Diraja]]. Datuk beliau, Dato’ Dr Mustafa Albakri ialah pengerusi pertama Suruhanjaya Pilihanraya dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Bapa beliau Raja Dato’ Zainal Abidin Raja Tachik juga seorang penjawat awam dan terakhir bertugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak.
 
Sebelum dilantik sebagai menteri, Raja Nong Chik bergiat dalam bidang perniagaan. Beliau memulakan kariernya dengan FELCRA pada tahun 1978. Setahun kemudian, beliau menjadi Pengurus Perancangan Korporat dan Kewangan dengan Kumpulan Fima Berhad. Pada 1982, beliau menyertai OYL Industries sebagai Pengarah Eksekutif, yang membawa kepada penubuhan satu syarikat kerjasama iaitu Razatec Sdn Bhd yang memperkenalkan produk elektrik jenama tempatan iaitu Acson; yang sekarang ini terkenal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
 
Raja Nong Chik juga pernah menerajui Persatuan Pengilang dan Industri Servis Bumiputera sebagai Presiden dan juga ahli Majlis Inovasi Negara.
 
Raja Nong Chik memegang ijazah Ekonomi (Kepujian) dari University of Wales, UK dan ahli Chartered Institute of Management Accountants, Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.
 
Raja Nong Chik berkahwin dengan Datin Nafesah dan dikurniakan dua cahayamata, Raja Farhana dan Raja Hamzah.
 
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]