Perbezaan antara semakan "Tok Gajah"

34 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Imam Rasu bin Shahrum ''' atau juga dikenali sebagai '''Tok Gajah''', Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah [[Orang Besar Raja]] [[Pahang]] dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama [[Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali|Sultan Ahmad Muazzam Shah]], [[Sultan Pahang]] dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari [[Pulau Tawar]]. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
 
Beliau juga merupakan ketua pasukan [[Sultan]] dalam penentangan terhadap penjajah [[British]] bersama [[DatoAbdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]] dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh [[Tok Ku Paloh]] tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada [[Mat Kilau]], pahlawan [[Melayu]] [[Pahang]].
 
Bersama-sama dengan [[Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]], [[Datuk Lela]] dan [[Mat Kilau]], Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan [[Pahang]] antara tahun [[1891]] hingga tahun [[1895]]. Bersama dengan [[Wan Lingga]], Tok Gajah telah diarahkan oleh [[Bendahara]] [[Wan Ahmad]] untuk menyerang [[Maharaja Perba]] dan [[Orang Kaya Setia Lela]]. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke [[Singapura]] bagi mendapatkan khidmat [[peguam]] sebagai penasihat Sultan Ahmad.
1,299

suntingan