Jempol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Niduzzi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
 
[[en:Jempol]]
 
 
 
'''Sejarah'''
 
Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat pepatih, sosio budaya masyarakat dan sejarah telah mejadikan daerah jempol ini dikenali sebagai " Laluan Sejarah". Ini merupakan imej yang boleh diketengahkan untuk dijadikan sebagai sumber tarikan pelancong untuk ke daerah ini. Beberapa peninggalan sejarah di kawasan Jempol ialah:
'''
Jalan Penarikan'''
 
Jalan Penarikan yang juga terkenal sebagai Londar Siam adalah sebatang jalan darat tertua pernah diketahui di Semenanjung Malaysia dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melaui Temasik (Singapura). Jalan ini telah menghubungkan dua batang sungai Serting di sebelah utara dan sungai Jempol di bahagian selatan.
 
Sejarah awal Jalan Penarikan ini tidak diketahui dengan tepat namun pernyataan tentangnya hanya diperolehi daripada dokumen lain secara kebetulan menyebutnya. Jalan ini dikatakan telah mula digunakan oleh pedagang-pedagang dari pantai barat semenanjung untuk pergi ke pantai timur (termasuk Siam) dan sebaliknya untuk menjalankan kegiatan perdagangan.
 
Peta terawal yang melakarkan Jalan Penarikan ini telah melukis dalam abad ke 16 oleh seorang ahli geografi Eropah. Namun pada abad ke 17, seorang pengembara Portugis telah melakarkan semula Jalan Penarikan ini yang mana telah menunjukkan ianya adalah satu jalan darat bukan satu terusan seperti yang telah digambarkan oleh ahli geografi Eropah itu.
 
Mengikut sejarah, Jalan Penarikan ini merupakan jalan darat yang sibuk dan terkenal serta telah memberi sumbangan dan menyaksikan berbagai sejarah lebih kurang 700 tahun. Dengan demikian, Jalan Penarikan ini perlu dijaga sebagai satu warisan sejarah yang penting dan perlu dibaikpulih, dipelihara dan "dinampakkan semula" agar generasi akan datang menyaksikan satu peninggalan sejarah yang penting.
 
'''Sejarah Peperangan Senapang & Parang'''
 
Pekan <sup>Batu Kikir</sup> yang terletak lebih kurang 16km dari Kuala Pilah dan 12km dari Bahau merupakan sebuah kampung tersusun pada awalnya. Di pekan ini telah menyimpan satu sejarah yang masih belum dikenali secara meluas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan yang agak menarik iaitu peperangan di antara masyarakat Melayu yang menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang. Walaupun senjata yang gunakan pasukan Bintang Tiga lebih baik berbanding dengan masyarakat Melayu pada ketika itu, tetapi kemenangan telah memihak kepada Masyarakat Melayu.
 
Peperangan ini menjadi satu sejarah yang mengambarkan semangat perjuangan masyarakat ketika itu menentang pasukan Bintang Tiga yang menjadikan Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka. Peperangan ini berpunca dari peristiwa amuk di Padang Lebar berhampiran dengan Pekan Batu Kikir. Akhirnya peristiwa ini bertukar kepada satu peperangan yang dahsyat dan melibatkan banyak nyawa dari pasukan Bintang Tiga terkorban. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946.
 
Peristiwa ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tingggal bersama dalam satu tempat.