Blogger Boy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 48:
 
Budi ialah seorang pelukis berbakat yang kuat dipengaruhi gaya komik Jepun dan Korea (''[[manga]]''/''[[manhwa]]'') yang menjadi kegemarannya semenjak berusia remaja dulu. Oleh itu cara dia melukis watak-wataknya kelihatan tak tentu jantinanya. Demi melindungi identitinya semata-mata tanpa mengambil kisah bagaimana orang ramai memandang watak-wataknya, Budi memberi nama samaran B, K and N kepada watak-watak tersebut untuk mewakili diri dan kawan-kawannya. Tak disangka-sangka, karya komiknya menjadi perbualan hangat sampai para pembacanya cuba meneka jantina watak-watak tersebut.
 
===Musim 1===
{{utama|Blogger Boy (musim 1)}}
''Blogger Boy'' bermula tayangan di 8TV dengan musim pertama sepanjang 20 episod, setiap Khamis, jam 9.30 malam, dari 28 Mei hingga 8 Oktober 2009. Kisahnya bermula dengan kegembiraan Budi kerana berjaya menempah jawatan kosong sebagai guru tuisyen yang diketuai oleh Ms Vann, tiba-tiba terpadam oleh gelagat para pelajar kelasnya yang benar-benar di luar kawalan. Lebih perit lagi, teman cintanya ketika ini, Zehan tiba-tiba mengumumkan pertunangannya dengan lelaki lain. Lain pula nasibnya bagi teman serumahnya, Kid, yang berkerjaya sebagai pengurus penerbitan yang berijazah.
 
Pada suatu hari, ketika melawat Zehan yang berpakaian pengantin di tempat penggambaran, tak tersangkanya akan bertemunya dengan kawan lamanya, Nina, yang kembali dari [[Australia]] yang didiaminya selama tujuh tahun, untuk melanjutkan kerjayanya sebagai jurugambar yang ingin membuka kedai foto di tanahair. Arakian, dari situlah, kepedihan hati Budi terubat dengan cubaan memutik hubungan dengan Nina, kawan lama yang lama berkenalan sejak kecil. Walau bagaimanapun, cinta antara Budi dan Nina banyak onak durinya. Bukan sahaja Kid juga tertawan oleh Nina lalu cuba menawannya, bahkan juga Datuk Koh, bapa Nina tidak gemar anak tunggalnya itu melepaskan masa depan yang cerah bersama tunangnya di bumi kanggaru.
 
Tanpa mendedahkan identiti sebenar diri dan kenalan-kenalannya, Budi berkongsi kisah cintanya dengan satu negara melalui blog komiknya ''Blogger Boy'', di mana nama mereka digantikan oleh huruf pertama masing-masing, iaitu B (Budi), N (Nina), dan K (Kid). Budi langsung tidak berkongsi rahsia ini dengan sesiapa pun, termasuk sekali Kid dan Nina. Pada suatu hari, Budi mencabar para pembacanya agar meneka jantina B, N, dan K, dengan alasan kononnya dia tidak pandai melukis perempuan; tetapi balasannya ialah anugerah ejekan "blog ''[[Homoseksual|gay]]'' terbaik".
 
Lambat-laun, Budi bukan sahaja berjaya mengawal keadaan disiplin di kelas tuisyen, bahkan juga mengeratkan silaturahim bersama anak-anak didiknya sehingga dapat membantu meleraikan masalah kehidupan mereka, sambil memastikan sebaik-baiknya agar identiti rahsia Blogger Boy sentiasa selamat (memandangkan karya komiknya sentiasa dilukis pada kertas dan disimpan dalam begnya yang sentiasa dibawa ke mana sahaja).
 
Dugaan cinta Budi dan Nina memuncak apabila ibunya melawat Budi setelah mendengar khabar perpisahannya dengan Zehan, lalu mencadangkan agar Budi menjalinkan hubungan dengan wanita pilihan barunya, Maya. Mujurlah keterusterangan meluahkan keutuhan perasaan Budi terhadap Nina membolehkan Budi melepaskan bebanan ibunya terhadapnya untuk terpaksa berkahwin dengan Maya, seorang jururawat klinik, sehinggalah dia menerima tamparan hebat daripada kehadiran tunang Nina, James dari Australia, yang melawat bakal mertuanya yang terlantar di hospital akibat [[serangan jantung]]. Setelah dipujuk oleh Datuk Koh, akhirnya terpaksalah Budi melepaskan Nina yang dibawa balik ke Australia oleh James.
 
===Musim 2===
{{utama|Blogger Boy (musim 2)}}
Kesinambungan ''Blogger Boy'' diteruskan di 8TV dengan musim kedua sepanjang 20 episod, juga setiap Khamis, jam 9.30 malam, mulai 12 November 2009, setelah hanya lima minggu tidak bersua. Kali ini, setelah melepaskan peluang keemasan bersama Nina, Budi berpeluang melancarkan semula perjalanan cinta dengan Maya, wanita yang disyorkan oleh ibunya itu, sejak bertemu semula di klinik. Bagaimanapun, hubungan Budi dan Maya tidak berapa memberangsangkan kerana mereka tidak sentiasa saling mempercayai, sebaliknya asyik disampuk oleh kejutan yang mengaibkan dan rahsia yang terbongkar, hinggakan pernah sekali Budi berikrar untuk kekal bujang sampai bila-bila, itupun untuk masa yang singkat sehingga perasaannya terhadap Maya pulih lagi.
 
Pada suatu hari, Ms Vann meminta Budi untuk mendidik anak saudaranya, Atiqah, secara sendirian di rumahnya. Atiqah berkerusi roda sejak terbabit dalam kemalangan dahsyat yang meragut nyawa ibunya (kakak Vann); sejak itu juga bapanya jarang berada di sampingnya kerana tidak sanggup melihat anaknya berkeadaan begini. Kesan trauma kecelakaan itu, pada mulanya Atiqah degil orangnya sehingga sanggup melakukan apa saja helah termasuk mencabar gurunya dengan teka-teki semata-mata untuk menjauhi diri daripada pelajaran dan dunia luar. Setelah saat hampir putus asa, akhirnya Budi dipujuk oleh Ms Vann lalu berjaya menceriakan semula Atiqah, tambahan pula mengajaknya keluar bermain bola keranjang sambil berkerusi roda bersama Maya dan Ms Vann.
 
Ibu Budi kembali menjenguk anaknya bersama Maya, tetapi kali ini dalam keadaan kurang sihat. Rupa-rupanya dia dimaklumkan oleh doktor akan ketumbuhan dalam otaknya, lalu meminta Maya merahsiakan hal ini dari Budi. Bagaimanapun, Atiqah dengan senyap-senyap mengetahui masalah kesihatan ibu Budi lalu mendedahkannya kepada Budi. Oleh yang demikian, Budi sekali lagi marah dengan Maya kerana tergamak menyelindungi perkara serius kesihatan ibunya ini.
 
Rupa-rupanya Atiqah ialah Blogger Girl, seorang pengikut setia Blogger Boy. Lebih-lebih lagi, dia sudah menduga siapa Blogger Boy sebenarnya, lalu membuat persiapan untuk menggoda Budi. Namun, setelah ditolak oleh Budi, Atiqah kembali murung lalu cuba membunuh diri dengan lemas di kolam renang; mujurlah dia sempat diselamatkan agar dapat diajar baik-baik mengenai betapa tidak bersyukurnya dirinya.
 
==Pelakon==