Zahrain Mohamed Hashim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
 
==Kritikan terhadap Lim Guan Eng==
Pada 29 Januari 2010, akhbar [[The Star]] melaporkan Dato' Seri Zahrain Hashim mengkritik keras YAB [[Lim Guan Eng]]; melabelkan beliau sebagai "diktator, chauvinis dan berotak komunis". LGE mengamalkan pentadbiran kuku besi iaitu tidak dapat menerima pandangan exco dan orang lain. LGE marah terhadap Anwar yang menyentuh tentang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.<ref>[Program 'Isu', RTM pada 19 Februasri 2010]</ref>

Beliau menganggap bahawa Lim yang datang dari [[Melaka]], gagal menunaikan janji pilihan raya 2008 dan jika berterusan seperti sekarang, Lim adalah liabiliti dalam [[Pakatan Rakyat]]. Beliau menganggap Lim pantang dikritik dan pengkritik akan dilabel sebagai agen [[Barisan Nasional]]. Lim tidak sesuai menjadi [[Ketua Menteri Pulau Pinang]] kerana dia orang luar dan tidak memahami sentimen tempatan. Tender terbuka masih tidak dilaksanakan. Lim seorang yang pelik dan perkauman kerana sering bercakap dalam [[Mandarin]] di dalam persidangan [[Pakatan Rakyat]]. Semua rakyat tidak kira [[Melayu]],[[India]] atau [[Cina]] mendengar ucapannya tetapi dia pulak bercakap dalam bahasa Cina sahaja.<ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/29/nation/5568586&sec=nation Zahrain: Lim is a dictator]</ref>
 
Tender terbuka pengurusan Kelab Bukit Jambul Golf bukan isunya. [[Chow Kon Yeow]] mengaitkan kontrak Bukit Jambul yang gagal diperolehinya. Syarikat itu ditolak kerana hanya syarikat RM2 ringgit sahaja (Tidak ada pengalaman). Lim Guan Eng ditahan di bawah [[ISA]] oleh kerajaan [[BN]] pada 1987 bukan kerana pro komunis. Lim juga dipenjara kerana mempertahankan nasib seorang gadis Melayu yang telah dirogol. Dalam persidangan PR, Lim bercakap dalam Bahasa Malaysia 85 % dan 15 % dalam [[bahasa Inggeris]] dan [[Mandarin]].<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/index.php/malaysia/51379-penang-dap-warns-zahrain-against-breaking-up-pakatan- Penang DAP warns Zahrain against breaking up Pakatan]</ref>
Baris 47 ⟶ 49:
 
==Keluar dari Keadilan sebagai Ahli Parlimen BEBAS==
Pada 12 Februari 2010, beliau mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di [[Dewan Rakyat]] akan berubah dari barisan kerusi [[PKR]] kepada barisan kerusi Bebas.
 
Beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta. Beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/124278 "Zahrain keluar PKR, jadi MP bebas", Malaysiakini.com, 12 Februari 2010.]</ref> Zahrain tidak dapat menerima Lim sebagai '[[Khalifah Omar Abdul Aziz]] dan slogan 'Amar makruf nahi mungkar'. Lim amat bahaya kepada umat Islam [[Pulau Pinang]] seperti pengharaman perarakan Malidur Rasul. Slogan '[[Middle Malaysia]]' tidak ubah seperti '[[Malaysian Malaysia]]' slogan [[DAP]] satu ketika dahulu.
 
Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] dan tok guru [[Abdul Aziz]] menganggap tindakan Zahrain keluar [[PKR]] sebagai mengkhianati pengundi. Tok guru menggesan Zahrain meletakkan jawatan agar pilihan raya baru dapat diadakan. Anwar sendiri mengakui tersilap pilih beberapa calon PKR yang dipilih semasa pilijhan raya 2008. Zairain pula menganggap tok guru tidak memahami manipulasi, tidak tanduk jijik [[DAP]] di [[Pulau Pinang]], [[Kedah]], [[Perak]] dan [[Selangor]]. Zahrain sanggup meletakkan jawatan ahli parlimen Bayan Baru xsekiranya LGE sendiri meletakkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
Perubahan 16 September dikatakan pembohongan Anwar Ibrahim . Tok guru seharusnya melihat 16 September juga melibatkan 'lompat parti'. Setakat ini Zahrain tidak berhasrat menyertai [[UMNO]] atau [[Barisan Nasional]]. Pemimpin [[PR]] hanya mementingkan ambil alih kuasa di [[Putrajaya]] tetapi memperlekehkan aduan Zahrain.<ref>[Wawancara dengan Zahrain dalam program 'Isu', RTM1 pada hari Jumaat, 19 Februasri 2010, jam 10.00 - 11.00 malam]</ref>
 
==Rujukan==
{{reflist}}