Tan Cheng Lock: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Juliancolton (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh RANCANGAN MALAYSIA (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 115.132.97.194
Baris 25:
Dilahirkan di Jalan Heeren, [[Melaka]], Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun [[1899]], beliau memperoleh pendidikan [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di [[Institusi Raffles]] di [[Singapura]].
 
Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong PenurusPengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang [[getah]] yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun [[1909]], beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad.
 
Pada tahun [[1913]], Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, [[Tan Siew Sin|Tun Tan Siew Sin]] (bakal [[Kementerian Kewangan Malaysia|Menteri Kewangan Malaysia]]) dan empat orang anak perempuan.