Hampagas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Sertai kami untuk mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu sebagai warisan bagi generasi masa hadapan.
Yosri (bincang | sumb.)
Sertai kami dengan menyumbang rencana yang berguna.
Baris 54:
 
Semasa Zaman Pertengahan Eropah, Gereja Khatolik mengambil sudut pandangan bahawa hampagas adalah bercanggah dengan aturan semulajadi dan menganggapnya sebagai heretik. Kewujudan sesuatu yang mencadangkan ketiadaan Tuhan, dan kembali kepada kekosongan sebelum kisah penciptaan dalam ("Book of Genesis"). Ujikaji minda Medivial mengenai pandangan hampagas menimbang samaada hampagas wujud, jikapun hanya seketika, antara dua kepingan rata apabila ia dipisahkan degan pantas. Terdapat banyak perbincangan samaada udara bergerak cukup pantas pada saat kedua kepingan dipisahkan, atau, sebagaimana dijangka oleh [[Walter Burley]], samaada 'agen alam ghaib' menghalang kewujudan hampagas. Pandangan yang biasa dipegang adalah alam semulajadi bencikan hampagas yang dikenali sebagai ("horror vacui"). Jangkaan ini dihentikan semasa Pengutukan Paris ("Paris condemnations") 1277 oeh [[Bishop]] [[Etienne Tempier]], yang memutuskan tidak terdapat had pada kuasa Tuhan, yang mendorong kepada kesimpulan bahawa Tuhan mampu mencipta hampagas jika Tuhan ingin melakukannya.<ref name=Barrow>{{cite book | first=John D. | last=Barrow | authorlink=John D. Barrow | year=2000 | title=The book of nothing : vacuums, voids, and the latest ideas about the origins of the universe | edition=1st American | publisher=Pantheon Books | location=New York | isbn=0-09-928845-1 | oclc=46600561 }}</ref> [[René Descartes]] turut mempertikaikan kewujudan hampagas, menegaskan menurut pandangan berikut: “Angkasa adalah sama dengan pengembangan, tetapi pengembangan berkait dengan jisim, dengan itu tidak terdapat ruang tanpa jisim dan dengan itu tiada ruang kosong (hampagas) - Space is identical with extension, but extension is connected with bodies; thus there is no space without bodies and hence no empty space (vacuum)”. Sungguhpun begitu, tentangan terhadap pendapat bahawa hampagas wujud dalam alam semulajadi berterusan sehingga Revolusi Saintifik, dengan ilmuan seperti [[Paolo Casati]] mengambil belah pihak anti-vacuist. [[Jean Buridan]] melaporkan bahawa pada abad ke-14 pasukan sepuluh kuda tidak mampu menarik penghembus apabila bukaannya ditutup kemungkinannya disebabkan oleh horror vacui.<ref name="genz" />
 
[[File:Crookes tube.jpg|right|thumb|Tiub Crookes, digunakan bagi menjumpai dan mengkaji pancaran kathod, merupakan evolusi tiub Geissler.]]
Kepercayaan mengenai horror vacui tersingkir pada abad ke-17. Rekaan pam air telah meningkat sehinggakan pada satu tahap ia menghasilkan hampagas yang boleh diukur, tetapi perkara ini tidak difahami dengan serta merta. Apa yang diketahui adalah pam sedutan tidak mampu menyedut air melebihi tahap ketinggian tertentu: 18 ela Florentine menurut ukuran yang diambil pada sekitar tahun 1635. (Penukaran kepada meter tidak pasti, tetapi ia adalah sekitar 9 atau 10 meter.) Had ini menimbulkan kebimbangan tentang projek pengairan, pengeringan lombong, dan air pancut berhias yang dirancangkan oleh Duke Tuscany, dengan itu Duke mengupah [[Galileo]] untuk menyiasat masaalah itu. Galileo menwar-warkan masaalah tersebut kepada pakar sains lain, termasuk [[Gasparo Berti]] yang mengulangkannya dengan membina barometer air pertama di Rom pada tahun 1639.<ref>{{cite web |url=http://www.denmark.com.au/en/Worlds+Largest+Barometer/default.htm |title=The World's Largest Barometer |accessdate=2008-04-30 }}</ref> Barometer Berti menghasilkan hampagas di atas tiang air, tetapi dia tidak mampu menjelaskannya. Kemajuan dilakukan oleh [[Evangelista Torricelli]] pada 1643. Membina semula berdasarkan nota Galileo, dia membina barometer raksa pertama dan menulis usul yang menyakinkan bahawa ruang di bahagian atas merupakan hampagas. Tinggi tiang tersebut kemudiannya dihadkan kepada berat maksima yang mampu disokong oleh tekanan atmosferik. Sesetengah orang percaya bahawa sungguhpun ujikaji Torricelli adalah penting, ujikaji [[Blaise Pascal]]lah yang membuktikan ruang di atas sebenar-benarnya mengandungi hampagas.
 
==Nota==