Saiful Bukhari Azlan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengosongkan laman
Tiptoety (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.100.98.133 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Malekhanif
Baris 1:
[[Imej:Saiful Bukhari Azlan.jpg|250px|thumb|right|Saiful Bukhari Azlan bersama Khairil Annas Jusoh, pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak]]
[[Imej:Saiful Bukhari Azlan3.jpg|200px|thumb|right|Saiful Bukhari Azlan bersama Shahrir Abdul Samad]]
 
'''Saiful Bukhari Azlan''' merupakan bekas pembantu peribadi [[Anwar Ibrahim]] yang membuat laporan polis bahawa dia diliwat oleh Anwar pada [[29 Jun]] [[2008]].
 
==Biodata==
Saiful seorang pelajar yang aktif berpersatuan sejak menuntut di [[Universiti Tenaga Nasional]] (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.
 
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya 2007. Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] Saiful dilihat mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]] dan [[BN]] di laman sosialnya di [[Friendster]].
 
"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu. <ref>[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15504&Itemid=50 Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta?] Harakah Daily.Net.</ref>
 
Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri [[Najib Tun Razak]] mengakui gambar Saiful bersamanya diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari 2008 bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran (walaupun tanpa menamatkan pengajiannya).
 
 
==Pembantu khas Anwar Ibrahim==
Selepas berhenti belajar di [[Uniten]] tanpa segulung ijazah kejuruteraan , Saiful menjadi sukarelawan di pejabat [[PKR]] di [[Petaling Jaya]] membantu (pembantu khas) Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]]. Antara tugasnya ialah mengatur pertemuan sulit dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti. Pertemuan diadakan di [[Kondominium Desa Damansara]].
 
[[Pasport]] antarabangsa Saiful membuktikan beliau pernah mengikut Anwar Ibrahim ke luar negara termasuk ke [[Hong Kong]] (awal Mei 2008), [[Bangkok]] (hujung Mei 2008) dan [[Singapura]] (16 dan 18 Jun 2008). Saiful jujga membantu ketua staff , Ibrahim Yaacob menguruskan jadual Anwar .
 
Saiful rajin menulis [[blog]] iaitu di blog percuma [[http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com Saiful]] dan artikel "Tugas-tugas seorang bekas Coffee Boy kepada DSAI" ditulis pada 1 Ogos 2008.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=350227 Saiful Dakwa Atur Pertemuan Anwar Dengan Anggota Parlimen Yang Ingin Lompat Parti]</ref>
 
==Dakwaan di mahkamah==
Pada 7 Ogos 2008, majikan Saiful iaitu Dato Seri [[Anwar Ibrahim]] telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks luar tabii '''suka sama suka''' terhadap Mohd Saiful termasuk yang terakhir pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih , [[Bukit Damansara]]. Anwar Ibrahim yang hadir telah mengaku tidak bersalah. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Malangnya laporan polis oleh Saiful tidak diberikan kepada [[Anwar Ibrahim]] untuk tugas pembelaan. Ini memungkinkan laporan tersebut terdedah kepada diubahsuai menurut keterangan yang diambil darinya nanti. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/85978 MalaysiaKini]</ref> [[Syed Hamid Albar]] menyatakan laporan tidak diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal, walaupun Anwar telah diambil keterangan oleh polis. Saiful pula dicari oleh media untuk mendapatkan kenyataan media darinya tetapi tidak muncul-muncul sehinggalah pada 15 Ogos 2008.
 
:Seksyen 377A KK memberikan definisi kesalahan tersebut:
:“Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature.“
 
:Seksyen 377B KK menyatakan:
:“Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.“
 
:Manakala Seksyen 377C KK menyatakan:
:“Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.“
 
==Sumpah laknat==
Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, [[Masjid Wilayah Persekutuan]], Jalan Duta, [[Kuala Lumpur]], Saiful telah mengangkat [[sumpah mubahalah]] mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari [[TV3]] dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat [[al Quran]] termasuk [[Surah Al-Fatihah ]]. <ref>[Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 15 Ogos 2008]</ref> <ref>[http://www.youtube.com/watch?v=c6ZQJCGwBnk Saiful Bukhari Azlan bersumpah di youtube.]</ref>
 
Teks sumpah beliau ialah :
<blockquote> " Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah di[[liwat]] oleh Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan [[zakar]]nya ke dalam [[dubur]] saya.</blockquote>
 
<blockquote> "Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, '''laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke [[kiamat]]''', wallahullam."</blockquote>
 
Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri , Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut [[Ramlang Porigi]]. Sidang media telah diadakan selepas itu di [[Hotel Dinasti]], [[Kuala Lumpur]].<ref>[http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=353076 Saiful Mengangkat Sumpah Di Masjid Wilayah Persekutuan]</ref>
 
Bekas [[Presiden Indonesia]], [[Abdurrahman Wahid]] atau [[Gus Dur]] pula menyatakan bahawa sumpah al-Quran yang dibuat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak selaras dengan hukum Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana, termasuk di [[Indonesia]]. Ini kerana orang yang menuduh tidak harus melakukan sumpah menggunakan nama [[Allah]]. <ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080818113045/Article/ Gus Dur dakwa sumpah Saiful tak ikut hukum Islam.] </ref>
 
[[Mufti Perlis]], Dr [[Mohd Asri Zainul Abidin]] pula menyatakan bahawa lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz '''Wallahi, Wabillahi''' dan '''Watallahi'''.<ref>[http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/mufti-perlis-lafaz-sumpah-saiful-sah.html Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah.]</ref>
 
Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda [[UMNO]] , [[Khairy Jamaluddin]] berkata bahawa sumpah Mohd Saiful tidak patut dipersoalkan kerana mereka yang mengangkat sumpah tersebut akan ditanggung bebannya ke seluruh keturunannya. Dengan itu sumpah Mohd Saiful akan turut ditanggung oleh anak dan zuriatnya. <ref>[http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/anwar_asked_to_explain.html Anwar asked to explain </ref>
 
==Lihat juga==
* [[Kes liwat 2 Anwar Ibrahim]]
== Rujukan ==
<references/>
 
== Pautan luar ==
* [http://putrawangsa.com/laporan-polis-saiful-bukhari/ Laporan Polis Saiful Bukhari Azlan], PutraWangsa
* [http://dinmerican.wordpress.com/2008/06/29/anwar-ibrahim-press-statement/ Kenyataan akhbar menyanggah tuduhan tersebut.]
* [http://profiles.friendster.com/saifulbukhari Saiful Bukhari Azlan di friendster.]
* [http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam.html Saiful Bukhari Azlan menjawap tuduhan Musang Berbulu Ayam] (11 Mac 2008)
* [http://putrawangsa.com/anwar-ibrahim-liwat-mohd-saiful-bukhari/ Anwar Liwat Saiful?], PutraWangsa
 
[[Kategori:Rakyat Malaysia]]