Jack the Ripper: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Pada [[31 Ogos]] [[1888]] lewat tengah malam, di daerah [[East End]] di bandaraya [[London]], [[Englad]] yang dikenali dengan nama [[Whitechapel]] (daerah lampu merah di London) pernah heboh dengan aksi pembunuhan bersiri sadis terhadap sejumlah wanita pelacur. Identiti pembunuh hingga kini tidak berjaya disingkapkan. Polis hanya mengetahui bahawa pembunuh mengelar dirinya sebagai "Jack the Ripper".
 
Jack The Ripper tidak meninggalkan satu bukti pun dalam tindakan jenayahnya, pola pembunuhannya pun tidak diketahui, bahkan dapat dibilang acak. Satu-satunya persamaan antara korban-korbannya ialah bahawa mereka adalah wanita pelacur. Ramai pakar menunjuk kepada kelaran dalam pada leher,perut,dan pencacatan alat kelamin, pengeluaran organ dalaman, dan peningkatan pencacatan pada bahagian muka merupakan ciri-ciri ''[[modus operandi]]'' Jack the Ripper.<ref name=keppel/> Dua kes pertama dalam file pembunuhan di Whitechapel, yang berkait dengan Emma Elizabeth Smith dan Martha Tabram, tidak selari dengan pola ini dan tidak diiktiraf.<ref>Evans and Rumbelow, pp. 47–55</ref>
 
Jack The Ripper membunuh mangsanya tanpa belas kasihan. Setelah memotong leher mangsanya, kemudian Jack The Ripper mencacatkan mereka. Bagaikan bayangan di waktu malam, tidak ada seorangpun yang dapat menyingkap siapakah Jack The Ripper sebenarnya. Walaupun Jack The Ripper "hanya" beraksi sekitar kurang satu tahun, korbannya sangat banyak dan telah menjadi legenda sampai sekarang.