Perbezaan antara semakan "Perbincangan:Pengakuan Iman Rasuli"

 
:Terima kasih di atas keperihatinan anda, oleh itu jangan guna terjemahan bahasa lain dalam di Wiki ini. Terjemahan rasmi God adalah Tuhan, walaupun ada pihak yang mencabarnya. Sila guna terjemahan rasmi dan bukan pandangan peribadi. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 11:49, 28 Februari 2010 (UTC)
 
::Rasmi dari pandangan siapa? Hakikatnya kalimah Allah telah digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia dan Tanah Melayu sebelum ini sejak berkurun lamanya. Teks yang digunakan bukan berdasarkan pendapat peribadi tetapi dipetik terus daripada sumber-sumber asal daripada bahan bacaan ibadat yang digunakan oleh gereja-gereja di Malaysia. Jikalau hendak dirujuk kepada Kamus Dewan untuk tafsiran rasmi kalimah Allah, ia cuma berbunyi begini:
 
::<blockquote>Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.</blockquote>
 
::Tanpa mengambil kira kes tentang penggunaan kalimah Allah yang masih tertangguh sementara menunggu Mahkamah Rayuan untuk mengadilinya, saya rasa kita perlu jujur dan ikhlas dalam perihal memetik sumber serta memasuki sedutan petikan tersebut ke dalam Wikipedia. [[Pengguna:Bobk|Bob K]] | [[Perbincangan_Pengguna:Bobk|Jom Sembang]] 11:55, 28 Februari 2010 (UTC)
149

suntingan