Francis Xavier: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Bobk (bincang | sumb.)
Bobk (bincang | sumb.)
Baris 50:
Pada bulan Disember 1547, Francis Xavier bertemu dengan Anjiro, seorang [[samurai]] [[Jepun]] yang berasal dari [[Kagoshima]] yang pada masa itu sedang berteduh dibawah lindungan Portugis kerana dituduh membunuh di Jepun. Anjiro telah mendengar khabar tentang Francis Xavier dan berusaha untuk bertemu dengan beliau. Hasil daripada perbualan diantara Francis Xavier dengan Anjiro, Xavier sedar bahawa masyarakat Jepun mempunyai budaya yang agak maju dan beliau meminta supaya Anjiro membantunya sebagai pengantara dan penterjemah beliau untuk pelayannya di Jepun. Anjiro dibaptiskan oleh Francis Xavier dan mengambil nama baru, Pablo de Santa Fe.
 
Sebelum bertolak ke Jepun, Francis Xavier berangkat pulang ke Goa pada bulan Januari 1548 bagi membantu menyesuaikan mubaligh-mubaligh Jesuit yang baru tiba. Pentadbiran Kolej Teologi Santa Fe di Goa dialihkan kepada mubaligh-mubaligh Jesuit dan dibawah pentadbiran Francis Xavier, menjadi pusat latihan katekis dan paderi tempatan dari [[Keuskupan Goa]] yang pada masa itu merangkumi wilayah-wilayah diantara [[Tanjung Harapan, Afrika Selatan]] sehingga ke negeri [[China]]. Xavier juga telah menghantar dua orang mubaligh Jesuit, Francisco Peres dan Roque de Oliveira, ke Melaka untuk mengasaskan sebuah sekolah di kota tersebut yang kemudian dikenali sebagai '''Kolej MelakaSt. Paul''' ({{lang-pt|Colégio de São Paulo}} dan {{lang-en|MalaccaSt. Paul's College}}). Kolej ini berfungsi sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Belanda pada tahun 1641 <ref>{{cite book | last = Pintado | first = Manuel Joaquim | authorlink = | coauthors = | title = The Voice of the Ruins (2nd Edition) | publisher = Instituto Cultural de Macau | date = 1988 | location = Macau (China) | pages = | url = | doi = | id = | isbn = }}</ref> <ref>Portal Rasmi TYT Melaka: [http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/english/history/history/chronology.html Chronology of Malacca]</ref>.
 
Pada 15 April 1549, Francis Xavier bertolak dari Goa ke Jepun bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit, Cosme de Torrès dan João Fernandes, Anjiro berserta dengan dua orang lagi berbangsa Jepun yang dibaptis olehnya. Mereka sempat bersinggah sementara di Melaka dan mengunjungi kota [[Canton]], [[China]] semasa perjalanan mereka.