Perbezaan antara semakan "Yesus Kristus"

5,170 bait ditambah ,  10 tahun lalu
Membatalkan semakan 1068700 oleh 121.120.75.13 (Perbincangan)
(Membatalkan semakan 1068700 oleh 121.120.75.13 (Perbincangan))
 
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Yesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam [[Wasiat Lama]], serta kepada [[Kematian dan Kebangkitan|Kebangkitannya]] selepas [[penyaliban]]. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah [[Anak Tuhan]] yang dihantar untuk memberikan [[Penyelamatan#Pandangan Kristian tentang penyelamatan|penyelamatan]] dan perdamaian dengan Tuhan melalui [[penebusan]] dosa-[[dosa]] [[kemanusiaan]]. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong [[Triniti|Trinitarianisme]] dan mempercayai bahawa Yesus adalah [[Penjelmaan semula Yesus|jelmaan]] [[Tuhan]], manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai [[ketuhanan]] Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai [[Christologi]]. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk [[Kelahiran Dara]], [[Naiknya Yesus ke langit]], dan [[Kedatangan Kedua]] pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Yesus [[Mukjizat Yesus|melakukan mukjizat]] dan menunaikan [[ramalan Bible]].
 
== Kronologi ==
{{main|Kronologi Yesus}}
{{seealso | Banci Quirinius }}
 
Pemerian yang terperinci mengenai kelahiran Yesus terkandung dalam [[Gospel Matthew]] (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 90 Masihi) <ref name="mat-date">[[Darrell L. Bock]], ''Jesus According to Scripture'', m.s. 29-30, memberikan tarikh ''k.k.'' 60-70; L. Michael White, ''From Jesus to Christianity'', m.s. 244, memberikan tarikh ''k.k.'' 80-90.</ref> dan [[Gospel Luke]] (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 100 Masihi). <ref name="luke-date">Bock, ''ibid.'', m.s. 38, memberikan tarikh ''k.k.'' 62-70; White, ''ibid.'', m.s. 252, memberikan tarikh ''k.k.'' 90-100.</ref> Terdapat juga banyak perdebatan tentang perincian-perincian kelahiran Yesus di kalangan cendekiawan Kristian, dengan sebilangan cendekiawan mendakwa bahawa mereka tahu dengan tepat, baik tentang tahun mahupun tentang tarikh kelahiran dan/atau kematiannya.
 
Pemerian kelahiran Yesus dalam Injil Matius dan Lukas tidak menyebut tarikh atau tahunnya. Dalam agama Kristian Barat, perayaan diadakan secara tradisi pada musim [[Tahun liturgi|liturgi]] [[Musim Krismas|Krismas]], iaitu pada [[25 Disember]], suatu tarikh yang dapat dikesan sehingga seawal [[330|330 Masihi]] di kalangan orang-orang Kristian Rom. Sebelum itu dan masih pada hari ini dalam [[agama Kristian Timur]], tarikh lahir Yesus secara umumnya dirayakan pada [[6 Januari]] sebagai sebahagian perayaan [[Theophany]] <ref name=fahlbusch> Erwin Fahlbusch dan Geoffrey William Bromiley, The Encyclopedia of Christianity [Grand Rapids, Mich.; Leiden, Netherlands: Wm. B. Eerdmans; Brill, 1999–2003], 1:454–55</ref> juga dikenali sebagai perayaan [[Epiphany (perayaan)|Epiphany]]. Perayaan Theophany ini memperingati bukan sahaja kelahiran Yesus, tetapi juga [[pembaptisan]]nya oleh [[John si Baptis|John]] di [[Sungai Jordan]] dan mungkin juga peristiwa-peristiwa lain dalam kehidupan Yesus. Banyak cendekiawan memperhatikan bahawa pemerian kegiatan gembala-gembala dalam Gospel Luke menunjukkan tarikh [[musim bunga]] atau [[musim panas]] untuk kelahiran Yesus. <ref name=shepherds> Porterm J. R. ''Jesus Christ: The Jesus of History, the Christ of Faith.'' Oxford University Press, 1999. m.s. 70 ISBN 0-19-521429-3</ref> Mereka meneka bahawa tarikh perayaan telah dipindah sebagai suatu percubaan untuk menggantikan perayaan [[Saturnalia]] Rom (atau lebih khusus, hari jadi [[Sol Invictus]], dewa [[pagan]]). <ref name= fahlbusch />
 
Pada tahun ke-248 dalam [[Era kalendar|era]] [[Diocletian]] (berdasarkan naik takhta Diocletian di Rom), [[Dionysius Exiguus]] mencuba menentukan bilangan tahun sejak kelahiran Yesus, dan mendapat angka 753 tahun selepas [[pengasasan Rom]]. Dionysius kemudian menetapkan tarikh kelahiran Yesus sebagai [[25 Disember]] [[1 SM|1 ACN]] (untuk "''Ante Christum Natum''", atau "sebelum kelahiran"), dan menetapkan [[1|1 Masihi]] (''1 AD'') untuk tahun yang berikutnya. Dengan itu, sistem penomboran tahun yang dikira dari tarikh kelahiran Yesus diasaskan: ''[[Anno Domini]]'' (yang diterjemahkan sebagai "dalam tahun [[Tuhan]] kami"). Sistem ini menyebabkan tahun Dionysius Exiguus itu menjadi tahun [[532]] dan hampir dua [[abad]] kemudian, sistem ini diterima dan menjadi kalendar utama dalam tamadun Barat, disebabkan perjuangan lanjutan oleh [[Bede]].
 
Bagaimanapun, berdasarkan [[gerhana qamari]] yang dilaporkan oleh [[Josephus]], tidak lama sebelum kematian [[Herod Agung]] (yang memainkan peranan utama dalam pemerian Matthew) serta juga pemahaman yang lebih tepat tentang pewarisan Maharaja-maharaja Rom, kelahiran Yesus harus merupakan tahun pada atau sebelum [[4 SM]]. Menghadapi lagi kurang sumber-sumber dan juga kini lagi jauh daripada masa pengarang-pengarang [[Wasiat baru]], penentuan tarikh kelahiran yang lebih boleh dipercayai adalah sangat susah.
 
Tarikh tepat kematian Yesus juga tidak jelas. Banyak cendekiawan menganggap bahawa [[Gospel John]] menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan [[Passover]] (juga dipanggil [[Kuartodesimanisme]]) pada hari Jumaat, 14 [[Nisan]], manakala gospel-[[gospel sinoptik]] (kecuali {{niv|Mark|14:2|Mark 14:2}}) memerihalkan waktu [[Santapan Terakhir]] yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru sahaja sebelum penangkapan Yesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawan menganggap bahawa pemerian sinoptik adalah secucuk dengan pemerian dalam Gospel John. <ref name="alternate-supper">Lihat [[Leon Morris]], ''The Gospel According to John, Revised'', m.s. 284-295, untuk perbincangan beberapa teori alternatif dengan rujukan.</ref> Selain itu, orang-orang Yahudi mengikut [[kalendar qamari-suria]] dengan fasa-fasa bulan sebagai tarikh dan dengan itu, merumitkan penghitungan sebarang tarikh yang tepat dalam kalendar suria. Menurut karya [[John P. Meier]], "''Seorang Yahudi Pinggir''" ("''A Marginal Jew''"), memberikan pertimbangan kepada tempoh [[Peguam cara|jawatan peguam cara]] [[Pontius Pilate]] dan tarikh-tarikh Passover pada tahun-tahun dalam tempoh itu, kematian Yesus kemungkinan besar boleh ditetapkan sebagai [[7 April]] [[30|30 Masihi]] atau [[3 April]] [[33|33 Masihi]]. <ref>Meier, p.1:402</ref>
 
== Kehidupan dan ajaran, sebagaimana yang dikisahkan dalam Gospel-gospel ==
149

suntingan