Perbezaan antara semakan "Perbincangan:Alkitab"

854 bait ditambah ,  10 tahun lalu
 
Dalam dunia Islam, bahasa Arab telah digunakan segai tunjang dan asas bahasa dalam Al-Quran. Dan bahasa Arab digunapakai untuk mengeluarkan sebarang hukum dan mendalami maksud Al-Quran itu dengan sebenarnya. Terjemahan dalam bahasa lain selain Arab adalah dibolehkan, namun setiap terjemahan mestilah ditunjang kan dan dirujuk mengikut apa yang dikiaskan oleh Al-quran dalam bahasa Arab, hadis Nabi, Ijmak ulama, dan Qias. kerana itu, teks Al-Quran sukar dan tidak dapat sama sekali ditandingi, dan diolah maksudnya sesuka hati. [[Pengguna:Smim90|Smim90]] ([[Perbincangan Pengguna:Smim90|bincang]]) 03:19, 6 Mac 2010 (UTC)
 
:Teks asal Alkitab bukan hanya sahaja di dalam Bahasa Ibrani. Beberapa bahagian teks yang terkandung di dalam Perjanjian Lama ditulis di dalam Bahasa Aramia kuno dan Bahasa Chaldea/Babylonia. Teks asal Perjanjian Baru pula ditulis di dalam Bahasa Yunani kuno dan Bahasa Aramia. Tradisi menterjemah kitab untuk tatapan, penelaahan dan pentafsiran umum oleh jemaat telah wujud dikalangan orang Yahudi sejak zaman sebelum Masehi lagi. Namun demikian, untuk tujuan perumusan doktrin dan dogma, teks bahasa asal adalah teks rujukan muktamad. Inilah sebab kenapa Bahasa Ibrani dan Bahasa Yunani kuno masih merupakan matapelajan wajib bagi mereka yang melanjutkan pelajaran mereka di dalam bidang teologi dan Kristiani baik di Seminari ataupun di universiti sekular. [[Pengguna:Bobk|Bob K]] | [[Perbincangan_Pengguna:Bobk|Jom Sembang]] 03:34, 6 Mac 2010 (UTC)
149

suntingan