Salleh Ghani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
Sebahagian daripada waris dan keluarga Allahyarham Salleh Ghani bergambar kenangan dengan Raja Hamidah selepas majlis Bual Bicara Seniman di FINAS
 
Salleh Ghani mengakhiri zaman bujangnya pada tahun 1953 dengan mendirikan rumahtangga bersama Raja Hamidah binti Raja Sa’at yang juga pelakon filem di Singapura. Perkahwinan itu dikurniakan 12 orang cahaya mata, iaitu Normala, Zulkiflee, Norashikin, Lukmanul, Hakim, Norsidah, Mohd Noor, Adam, Mariam, Mohd Effendi, Ahmad Abdullah dan MohdMuhammad Taib.
 
Pengarah dan pelakon berkaliber itu terpaksa berundur daripada bidang perfileman yang sebati dengan jiwanya itu setelah menderita sejenis sakit barah. Namun dalam keuzuran itu, Salleh Ghani meneruskan usaha menulis sambungan skrip "Tragedi Seri Mersing." Usaha itu terhenti di pertengahan jalan apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Ogos 1986 di rumahnya di Klang Gate, Selangor.