Salleh Ghani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Salleh Ghani dilahirkan di Muar, Johor pada 3 Disember 1923. Selepas tamat persekolahan, Salleh Ghani menjadi guru untuk beberapa tahun sebelum berhijrah ke Singapura selepas Perang Dunia Kedua untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penulis buku. Hidupnya di Singapura dimulakan dengan pelbagai kerja termasuk buruh. Masa lapangnya dipenuhi dengan menulis novel termasuk yang bercorak panas dan sensasi.
 
Nama Salleh Ghani mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi editor kepada sebuah majalah hiburan yang diterbitkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ironinya Salleh Ghani memimpin majalah yang diberi nama Huwita itu dari rumahnya di Singapura.Salleh juga pernah menjadi wartawan di Singapura ketika krisis 'Natrah'.Beliau adalah penulis buku atau Novelis seangkatan Arenawati dan Keris Mas.
 
Salleh mula melangkah ke dunia filem pada tahun 1947 apabila dipilih berlakon dalam filem "Seruan Merdeka" yang diarahkan oleh H.M Chisty keluaran Malayan Arts Production Company.
Baris 9:
Bertolak dari filem "Seruan Merdeka," Salleh tidak menoleh kebelakang lagi dalam kerjaya perfilemannya. Kerjaya itu diperluaskan ke bidang penulisan skrip selain menumpukan bidang lakonan. Ketika Keris Filem ditubuhkan pada awal 1950-an Salleh Ghani menjadi pekerja tetap di studio itu dengan jawatan Penolong Pengarah. Setelah ditubuhkan pula Studio Cathay Keris Film pada tahun 1954, Salleh Ghani berpindah kerja ke studio baru itu dengan jawatan yang sama.
 
Anak kelahiran Johor itu diberi kepercayaan menjadi Pengarah Filem pada tahun 1960, berikutan dengan kejayaan beberapa orang pengarah Melayu seperti P.Ramlee dan Jamil Sulong di Studio Malay Film Produvtions serta S.Roomai Noor dan Husain Hanif di Studio Cathay Keris Film.Salleh Ghani juga pernah bekerjasama dengan William Holden ketika aktor tersebut datang ke Malaysia.
 
Di tengah kegemilangan kerjaya perfilemannya di Singapura, Salleh berhijrah ke Studio Merdeka Film di Hulu Kelang, Selangor pada tahun 1962 dengan mengarahkan filem "Siti Payung" yang diilhamkan daripada judul lagu Siti Payung yang bercorak tradisional asli. Semasa penghijrahan Salleh ke Malaysia, dunia filem Melayu sedang mengalami kemerosotan kerana kehilangan penonton menjadikan nasib para karyawan dan para pelakon filem Melayu terumbang-ambing termasuklah nasib Salleh sendiri.
 
Bagi meneruskan kehidupan Salleh Ghani beralih kepada bidang pengarahan drama TV setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan projek drama swasta pada awal 1980-an. Projek drama swasta tercetus daripada idea Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pada masa itu menjadi Menteri Penerangan. Cerita filem Seri Mersing dipindahkan kepada drama TV dengan judul "Tragedi Seri Mersing." Drama yang dihasilkan oleh Salleh Ghani itu telah muncul sebagai salah satu rancangan televisyen yang menarik di stesen RTM.