Perbezaan antara semakan "Sejarah kerelatifan am"

k
bot mengubah: vi:Lịch sử thuyết tương đối rộng; perubahan kosmetik
k (bot mengubah: vi:Lịch sử thuyết tương đối rộng; perubahan kosmetik)
Perkembangan [[kerelatifan am]] bermula pada tahun [[1907]] dengan penerbitan makalah [[Albert Einstein]] mengenai [[pemecutan]] di bawah [[kerelatifan khas]]. Dalam makalah itu, beliau memperdebatkan bahawa [[jatuh bebas]] sebenarnya ialah gerakan inersia, dan bagi pemerhati yang jatuh bebas, peraturan-peraturan kerelatifan khas harus digunakan. Hujah ini dipanggil [[prinsip kesetaraan]]. Dalam makalah yang sama, Einstein juga meramalkan fenomena [[dilasi masa kegravitian]]. Pada tahun [[1911]], Einstein menerbitkan lagi sebuah makalah yang mengembangkan makalahnya pada tahun 1907. Dalam makalah yang baru ini, beliau meramalkan kesan-kesan tambahan seperti [[Kanta kegravitian|pesongan cahaya]] oleh sebuah jasad berjisim.
 
=== Kovarians am dan hujah lohong ===
Sejak 1912, Einstein sedang mencari-carikan sebuah teori yang menerangkan [[kegravitian]] sebagai satu fenomena [[geometri]]. Atas desakan [[Levi-Civita]], Einstein memeriksa penggunaan [[kovarians am]] (yang pada dasarnya merupakan penggunaan [[tensor]] kelengkungan) untuk mencipta teori kegravitiannya. Bagaimanapun, pada tahun[[1913]], Einstein menghentikan pendekatan itu, dan menghujahkan bahawa itu tidak tekal berdasarkan "[[hujah lohong]]". Pada tahun 1914 dan sebahagian besar 1915, beliau cuba mencipta persamaan-[[persamaan medan]] berdasarkan pendekatan yang lain. Ketika pendekatan itu terbukti tidak tekal, Enstein balik semula kepada konsep kovarians dan menemui kecacatan dalam hujah lohong.
 
=== Perkembangan Persamaan Medan Einstein ===
Ketika Einstein menyedari bahawa kovarians am sebenarnya dapat dipertahankan, beliau dengan cepatnya menyelesaikan pengembangan persamaan-persamaan medan yang dinamakan sempena namanya. Bagaimanapun, Einstein membuat satu kesilapan yang kini telah menjadi masyhur. Persamaan-persamaan medan yang beliau terbitkan pada Oktober 1915 ialah seperti berikut:
 
=== Alam semesta berkembang dan pemalar kosmologi ===
Pada tahun [[1922]], [[Alexander Friedmann]] menemui satu penyelesaian bahawa [[alam semesta]] boleh berkembang atau mengecut. Kemudian, [[Georges Lemaître]] menerbitkan penyelesaian untuk sebuah alam semesta yang berkembang. Bagaimanapun, Einstein tidak percaya akan alam semesta yang berkembang dan oleh itu, beliau menambahkan [[pemalar kosmologi]] ΛΛ kepada persamaan-persamaan medannya. Persamaan-persamaan medan yang disemak adalah seperti berikut:
 
:<math>R_{\mu\nu} - {1\over 2}R g_{\mu\nu} + \Lambda g_{\mu\nu} = T_{\mu\nu}</math>.
== Teori-teori alternatif ==
Terdapat berbagai-bagai percubaan untuk mengubahsuaikan kerelatifan am sejak penerbitannya. Yang paling masyhur antaranya ialah [[teori Brans-Dicke]] (juga dikenali sebagai [[teori tensor-skalar]]), dan [[teori bimetrik Rosen]]. Kedua-dua teori ini mencadangkan perubahan untuk persamaan-persaman medan, dan kedua-dua ini mengalami kesulitan yang membenarkan kewujudan sinaran kegravitian dwipolar. Oleh itu, teori Rosen yang asal telah disangkal oleh pencerapan pulsar dedua. Bagi teori Brans-Dicke (yang mempunyai satu parameter boleh tala
''&omega;ω'' supaya ''&omega;ω = &infin;'' adalah sama sahaja dengan kerelatifan am), hasilnya yang boleh amat berbeza dengan kerelatifan am telah menyebabkan teori ini disekat secara hebat oleh pencerapan-pencerapan tersebut.
 
Bagaimanapun, kerelatifan am dan [[mekanik kuantum]] (sebuah teori yang telah ditentusahkan lebih banyak kali berbanding dengan kerelatifan am) diketahui tidak tekal. Terdapat banyak tekaan bahawa pengubahsuaian untuk kerelatifan am (tetapi bukan untuk mekanik kuantum) pada skala yang terkecil diperlukan disebabkan kerelatifan am masih belum diuji dengan rapi pada skala yang terkecil. Di dalam kem yang lain, terdapat tekaan bahawa mekanik kuantum perlu diubahsuai (umpamanya, mekanik kuantum biasa mengandaikan latar ruang-masa yang tetap dan datar). Kebanyakan penyelidik mempercayai bahawa kedua-dua teori memerlukan pengubahsuaian.
 
== Lihat juga ==
* [[Pertikaian keutamaan mengenai Einstein dan teori-teori kerelatifan]]
 
 
== Rujukan ==
* {{cite book | author=Pais, Abraham | title= Subtle is the lord: the science and life of Albert Einstein ("Tidak ketara adalah Tuhan: sains dan kehidupan Albert Einstein")| publisher=Oxford: Percetakan Universiti Oxford | year=1982 | id=ISBN 0-19819-53907853907-X}}
* [http://www.bun.kyoto-u.ac.jp/~suchii/gen.GR.html Asal-usul siri kerelatifan am]
* * Leo Corry, Jürgen Renn, John Stachel: Belated Decision in the Hilbert-Einstein Priority Dispute" ("Keputusan Terlambat dalam Pertikaian Keutamaan Hilbert-Einstein"), SCIENCE, Jilid 278, [[14 November]][[1997]] - [http://www.tau.ac.il/~corry/publications/articles/science.html teks rencana]
* [http://physics.unr.edu/faculty/winterberg/Hilbert-Einstein.pdf Respons Friedwart Winterberg terhadap kertas kerja Cory-Renn-Stachel] sebagaimana yang dicetakkan dalam "Zeitschrift für Naturforschung" [http://www.znaturforsch.com/c59a.htm 59a], 715-719.
 
 
[[en:History of general relativity]]
[[vi:Lịch sử thuyết tương đối tổng quátrộng]]
75,945

suntingan