Pemilihan semula jadi: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 37:
Akhir sekali, wujudnya sebilangan bentuk [[pemilihan pengimbang]] yang tidak menyebabkan apa-apa pengikatan, sebaliknya mengekalkan suatu alel pada kekerapan perantaraan dalam sesebuah populasi. Ini boleh berlaku dalam spesies [[diploid]] (iaitu, hidupan yang memiliki dua pasang [[kromosom]]) apabila individu [[heterozigot]] yang memiliki alel-alel berlainan pada setiap kromosom pada suatu [[Lokus (genetik)|lokus genetik]] tunggal, lebih tegap berbanding individu [[homozigot]] yang memiliki dua alel yang sama. Inilah yang dipanggil [[kelebihan heterozigot]] atau kedominanan lampau, seperti yang digambarkan oleh ketahanan [[malaria]] yang diperhatikan pada manusia heterozigot yang hanya membawa satu salinan gen untuk [[anemia sel sabit]]. Pengekalan variasi alel juga boleh terjadi melalui [[pemilihan berporak-peranda|pemilihan berporak-peranda atau mempelbagai]], yang mengutamakan genotip yang menyimpang dari kebiasaan ke mana-mana arah (iaitu berlawanan dengan kedominanan lampau), sehingga boleh menyebabkan [[taburan bimod]] nilai-nilai sifatnya. Akhir sekali, pemilihan pengimbang boleh berlaku melalui [[pemilihan bersandarkan kekerapan]], yang mana ketegapan suatu fenotip tertentu bergantung pada taburan fenotip-fenotip dalam populasi. Prinsip-prinsip [[teori permainan]] diterapkan demi pemahaman taburan ketegapan dalam keadaan-keadaan sedemikian, khususnya dalam kajian [[pemilihan saudara]] serta evolusi [[altruisme salingan]].<ref name="Hamilton">Hamilton WD. (1964). The genetical evolution of social behaviour I and II. ''Journal of Theoretical Biology'' 7: 1-16 and 17-52. PMID 5875341 PMID 5875340</ref><ref name="Trivers">Trivers RL. (1971). The evolution of reciprocal altruism. ''Q Rev Biol'' 46: 35-57.</ref>
===Pemilihan dan variasi genetik===
Sebahagian daripada segala [[variasi genetik]] adalah neutral dari segi fungsinya, iaitu tidak menghasilkan apa-apa kesan fenotip atau perbezaan ketaran dalam ketegapan; hipotesis bahawa variasi ini menjelaskan
====
Pemilihan semula jadi menyebabkan berkurangnya variasi genetik melalui penghapusan individu yang maladaptasi (kurang beradaptasi), dan juga mutasi-mutasi yang menyebabkan maladaptasi itu. Pada masa yang sama, timbulnya mutasi baru yang membawa kepada [[keseimbangan mutasi-pemilihan]]. Hasil sebenar kedua-dua proses tersebut bergantung pada kadar kejadian mutasi baru dan kekuatan pemilihan semula jadi, yang bertindak sebagai fungsi betapa buruknya mutasi itu. Kesannya, perubahan pada kadar mutasi atau tekanan pemilihan akan mengubah keseimbangan mutasi-pemilihan.
====
[[Rantaian genetik]] berlaku apabila [[lokus (genetik)|lokus-lokus]] pada dua alel ''dirantaikan'', atau berada berdekatan antara satu sama lain pada kromosom. Ketika proses pembentukan [[gamet]], [[gabungan semula genetik| penggabungan semula]] bahan genetik menyebabkan alel-alel berkenaan disusun semula. Namun demikian, peluang berlakunya susun semula sebegitu antara dua alel bergantung pada jarak antara alel-alel terbabit; semakin rapat alel-alel itu sesama sendiri, semakin kurang menjadinya susun semula itu. Kesannya, apabila pemilihan menyasarkan satu alel, alel yang satu lagi itu turut sama dipilih; melalui mekanisme ini, pemilihan boleh kuat mempengaruhi pola variasi dalam genom.
[[Sapuan berpilih]] berlaku apabila sesuatu alel menjadi makin kerap dalam sesebuah populasi kesan pemilihan positif. Disebabkan menjadi-jadinya satu alel itu, alel-alel berantai turut menjadi lebih kerap, tidak kira yang neutral atau sedikit memudarat. Inilah [[kesan tumpang genetik]] (''genetic hitchhiking'') namanya. Sapuan berpilih menyebabkan di mana [[haplotip]] yang terpilih positif (alel itu dan jiran-jirannya) dalam sesuatu rantau genom menjadi satu-satunya yang wujud dalam populasi.
Untuk memastikan sama ada berlakunya sapuan berpilih atau sebaliknya, caranya adalah menyukat [[ketakseimbangan rangkaian]], atau sama ada sesuatu haplotip adalah berlebihan dalam populasi. Lazimnya, proses [[gabungan semula genetik]] menyebabkan alel-alel berlainan disusun semula di dalam suatu haplotip, dan tiada satu haplotip pun yang akan mendominasi populasi. Akan tetapi, ketika berlakunya sapuan berpilih, pemilihan alel tertentu juga akan menyebabkan terpilihnya alel-alel berjirannya juga. Oleh itu, kehadiran ketakseimbangan rangkaian yang kuat mungkin menandakan berlakunya sapuan berpilih 'baru-baru ini', dan ini adalah berguna untuk mengenal pasti tapak-tapak yang pernah menjalani pemilihan.
[[Pemilihan latar belakang]] adalah lawan kepada sapuan berpilih, yang mana jika tapak yang tertentu mengalami pemilihan pembersihan yang kuat dan berterusan, variasi yang terangkai selalunya dicabut bersamanya, sehingga terhasilnya rantau dalam genom yang kurang bervariasi secara keseluruhannya. Memandangkan pemilihan latar belakang adalah hasil mutasi baru yang memudaratkan yang boleh terjadi secara rambang di mana-mana haplotip, maka tiadanya ketakseimbangan rangkaian yang timbul.
==Lihat juga==
|