Angpau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.100.50.32 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Syarikat Pemunggahan Rencana
Baris 1:
{{Chinese|pic=Laisee.jpg|picsize=250px|piccap=Angpau kontemporari.|c=利是 atau 利事|j=lai6 si6|p=lì shì|l=perbuatan yang menguntungkan|t2=紅包|s2=红包|j2=hung4 baau1|p2=hóng bāo|poj2=âng-pau|l2=paket merah}}
'''Angpau''', '''sampul merah''' atau '''paket merah''' ialah hadiah berbentuk wang yang ditukarkan ketika musim perayaan atau peristiwa khas dalam [[masyarakat Cina]].
 
==Penggunaan==
Angpau sering diberikan pada majlis sosial dan keluarga seperti [[jamuan perkahwinan|jamuan]] [[perkahwinan Cina]] atau ketika perayaan seperti [[Tahun Baru Cina]]. Salah satu konteksnya adalah bahawa angpau dikenali sebagai ''yāsuì qián'' ({{zh-ts|t=壓歲錢|s=压岁钱}}) yang bererti "duit ditekan" atau "duit menahan umur".
 
Warna [[merah]] sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian ({{zh-cpl|c=帛金|p=bó jīn|l=wang sutera}}). Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk melitupi perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.
 
Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.
 
==Asal-usul==