Zahrain Mohamed Hashim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 65:
 
===Pendedahan 16 September===
Pada 18 Mac 2010, ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, beliau mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008. Beliau mendakwa mereka adalah Datuk Seri [[Abdul Ghapur Salleh]] (BN-Kalabakan), Datuk Seri [[Anifah Aman]] (BN-Kimanis), Datuk [[Bung Mokhtar Radin]] (BN-Kinabatangan), Datuk [[Chua Soon Bui]] (Bebas-Tawau), Datuk [[Eric Majimbun]] (Bebas-Sepanggar). Nama lain yang disebut ialah Dr [[Mohd Puad Zarkashi]] (BN-Batu Pahat), Datuk Seri [[Tengku Azlan Sultan Abu Bakar]] (BN-Jerantut), [[Tengku Razaleigh Hamzah]] (BN-Gua Musang).<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/126930 "16 Sept: Zahrain dedah nama MP akan lompat", Malaysiakini.com, 18 Mac 2010.]</ref>
 
Berikutan pendedahannya itu, Setiausaha Agung PKR [[Saifuddin Nasution]] menggelarkan beliau sebagai "Attack Dog" kepada BN dan Umno untuk menjatuhkan pakatan pembangkang.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/126930126892 "16PKR Sept:balas Zahrainsalakan dedah'anjing namapenyerang' MP akan lompatBN", Malaysiakini.com, 18 Mac 2010.]</ref>
 
Ini dinafikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menganggapnya sebagai cerita dongeng.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/126991 "Ku Li bukan boleh dijual beli", Malaysiakini.com, 19 Mac 2010.]</ref>