Hospital Raja Perempuan Zainab II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Perlu dirombak semula bagi mengelak copyvio
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
Setelah mengalami kekalahan dalam perang dunia pertama pada tahun 1943, Jepun telah meninggalkan Kota Bharu. Pada awal tahun 1944 pentadbiran Hospital Umum Kota Bharu diambil alih oleh British Medical Army (BMA) di bawah pentadbiran Dr. Mejar Flowski. Beliau mentadbir hospital ini selama satu tahun dan menyerahkan pentadbiran ini kepada Dr. Evan pada 1946 diikuti oleh Dr. Gibson pada 1948 dan Dr. Issac hingga tahun 1950.
 
Pada tahun 1950 Dr. R. E. Anderson telah mengambil alih tempat Dr. Issac sebagai CMO. Beliau memulakan perancangan pembangunan hospital baru. Satu bangunan Asrama Jururawat didirikan dimana terletaknya klinik Perbidanan dan Sakit Puan sekarang (O&G). Beliau juga yang menghapuskan "European Ward". Di dalam era 50an perkhidmatan dipertingkatkan, perkhidmatan perawatan pergigian diadakan dan dirasmikan oleh Al-Marhum KDTMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultn Ibrahim. Ekoran daripada [[penyakit Batuk Kering|penyakit batuk kering (TIBI)]] meningkat, pada tahun 1958 pembinaan Wad TB dimulakan dan telah dirasmikan pada 5 Jun 1961 bersamaan 21 Zulhijjah 1380 oleh Al-Marhum KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.
 
Hospital Kota Bharu di alaf ini, terus mengorak langkah menuju kecemerlangan dibawah teraju para pengarah yang berwibawa, bermula dari Dato' Dr. Abd. Razak Bin Hj. Kechik, diikuti oleh Dr. Hussin b. Othman, Dr. Mary Abraham dan seterusnya Y. Bhg. Datin Dr. Hjh Aesah @ Zaharah bt. Hj. Awang, Dr. Mohamad bin Ismail dan sekarang Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan.