Iskandar Puteri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
 
===Bandar Pendidikan===
Bandar Pendidikan atau EduCity@Iskandar di Nusajaya yang seluas 600 ekar bakal menjadi pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University.
Projek ini diambil alih oleh Iskandar Investment Bhd.
 
===PusatBandar Perubatan===
Pembangunan pusat perubatan di Nusajaya yang dikenali sebagai Medical City dengan keluasan 67.2 ekar akan menawarkan penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi pusat kesihatan, poliklinik kerajaan, kompleks klinik umum, kompleks pakar, kolej kejururawatan dan kemudahan kesihatan yang lain. Pusat tersebut juga bakal memberi tumpuan kepada pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Hospital pertama yang telah beroperasi di sini ialah Columbia Asia Hospital.
 
===Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan===
Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC) di Nusajaya adalah kawasan taman perindustrian hijau seluas 1,300 ekar dengan rangkaian kemudahan dua buah lapangan terbang dan empat buah pelabuhan yang berhampiran. SiLC akan memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian nilai secara bersepadu untuk tiga bidang utama iaitu teknologi maju seperti teknologi bio dan nano, industri pemakanan dan kesihatan serta logistik.
 
===Medini===
Pembangunan bersepadu oleh Iskandar Investment, Mubadala, Kuwait Finance House, Aldar Properties dan Millennium Development International. Ia dibahagi kepada 3 kluster utama:
*Kluster Rekreasi dan Pelancongan
*Daerah Kewangan Iskandar
*Medini Sentral
 
Legoland Malaysia sedang dibina di Medini dan akan dibuka secara rasmi pada April 2012.
==Nota kaki==
<div class="references-small"><references/></div>