Caligula: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Caligula''', nama asalnya Gaius Caesar (12-41), adalah Maharaja Rom (37-41) yang lahir di Antium (sekarang Anzio, Itali) dan putera bongsu general Rom Germa...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:28, 27 Mac 2010

Caligula, nama asalnya Gaius Caesar (12-41), adalah Maharaja Rom (37-41) yang lahir di Antium (sekarang Anzio, Itali) dan putera bongsu general Rom Germanicus Caesar dan cucu lelaki Maharaja Rom Tiberius. Kehidupan awalnya di kem tentera memberikannya gelaran Caligula (Latin, "But Kecil") kerana kasut tenteranya kecil. Tiberius menamakan cucunya, Gemellus Tiberias, dan Caligula sebagai waris bersama kepada takhta baginda, tetapi Senat Rom dan orang ramai memilih Caligula sebagai satu-satunya Maharaja. Caligula mengambil Gemellus sebagai anak angkatnya tapi kemudian membunuh Gemellus. Baginda seorang pemerintah yang berbelas kasihan untuk enam bulan pertama, dan menjadi pemerintah kejam selepas sakit teruk. Para sejarawan percaya bahawa dia mungkin menjadi gila. Caligula membazirkan kekayaannya untuk hiburan dan membina projek-projek; membuang atau membunuh sebahagian besar kaum kerabatnya; menyeksa dan membunuh orang sambil melihatnya ketika baginda makan; menjadikan kuda kesayangannya seorang konsul; mengisytiharkan dirinya sebagai dewa dan membina kuil-kuil dan membuat pengorbanan untuk dirinya sendiri. Pada tahun 41, pegawai dan pengawal baginada bersekongkol untuk menentang dan akhirnya membunuh baginda.