Kecerdasan buatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 4:
Program AI mempunyai banyak aplikasi. Ia digunakan oleh institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, dan perkhidmatan keselamatan, dan pelbagai lagi. Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet.
 
Program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu. Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik. Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik. Contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer [[Deep Blue (komputer catur)|Deep Blue]] yang mengalahkan juara catur dunia [[Garry Kasparov]] pada tahun 1997. Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat. Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan. Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh komposer terkenal.
 
 
== Jenis AI ==